Pages

Tuesday, April 25, 2017

BAGAIMANA NAK SEMAK BAKI KREDIT DAN DATA INTERNET TUNETALK?

Pasti anda yang menggunakan khidmat rangkaian atau telco TUNE TALK, TONE PLUS dan tune excel  tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyemak baki kredit, menyemak baki data internet, tambah nilai atau sebagainya melalui menu yang mudah betul tak?

Jangan pening-pening lagi, jom aplikasikan menu yang saya sediakan ini.
Selamat mencuba, jika ingin memudahkan lagi simpan sahaja dalam senarai nombor kenalan.

TOPUP
*122*<16 digit pin># dan call

SEMAK BAKI KREDIT DAN POINT
*133#  dan call

SEMAK BAKI DATA INTERNET
*134# dan call

KONGSI KREDIT
*111# dan call(pilih no 3-kredit)

TUNETALK MENU
*888# dan call


Sudah pakai Tune Talk? Ingin naik taraf ke plan Tone Plus hubungi saya melalui Whatsapp atau SMS 011-25526352. Terbuka juga dari rangkaian yang ingin menaik taraf.


Friday, January 13, 2017

PLAN PRABAYAR HEBAT TONE PLUS

Plan Prabayar Hebat Tone Plus

PRODUK TONE PLUS


Program Tone Plus menggunakan konsep plan prabayar (prepaid) ke atas simkad. Prepaid Tone Plus ini adalah sama fungsinya dengan prabayar-prabayar lain yang terdapat di pasaran. Yuran keahlian untuk sertai Program Tone Plus adalah RM98.60 (3G) dan RM103.60 (4G), sekali seumur hidup sahaja.

Simkad Tone Plus

Dan anda mendapat:

  1. PERCUMA Satu Keping Simkad TONE PLUS.
  2. PERCUMA Kekal Nombor Lama.
  3. PERCUMA Air-Time RM30.
  4. PERCUMA Data 1.5GB.
  5. PERCUMA 571 Minit Panggilan (On Net)
  6. PERCUMA 70 mata Big Point.
  7. PERCUMA Akaun Self-Care (Tune Talk).


Kadar yang ditetapkan oleh pihak syarikat Tone Plus juga adalah sangat berpatutan dan kompetitif dengan plan prabayar-prabayar lain yang berada di pasaran.

Tambah Nilai Tone Plus Dapat kumpul BIG point

Promosi Tambah NIlai RM70 Dapat Data Percuma 3GB

Ahli-ahli Tone Plus boleh mendapatkan topup secara atas talian (Online Banking) atau di lokasi-lokasi terpilih atau di mana-mana sahaja kedai jualan topup di kawasan anda. Anda hanya perlu pergi ke lokasi-lokasi tersebut dan memohon di kaunter untuk “Topup TuneTalk” dengan jumlah topup yang dikehendaki.

Lokasi Tambah NIlai

JIKA BUKAN SIMKAD INI APA LAGI?
JIKA BUKAN SEKARANG BILA LAGI?

INILAH PELUANG HEBAT ANDA
UNTUK MENJANA PENDAPATAN
SAMPINGAN YANG LUMAYAN

DENGAN PRODUK YANG MEMANG
ANDA GUNAKAN SETIAP HARI

HUBUNGI SAYA SEGERA:

HAKIMI - 011-25526352

Saturday, August 13, 2016

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) telah didaftar secara rasmi di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) oleh presiden sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERSATU
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Penubuhan Bersatu ternyata jelas jika melihat pada namanya, iaitu memperjuang dan mementingkan hak Bumiputera dan pribumi. Bersatu hanya menerima Bumiputera dan pribumi, termasuk dari Sabah dan Sarawak sebagai ahli biasa, sementara kaum-kaum lain hanya boleh menjadi ahli bersekutu, iaitu tidak boleh bertanding merebut dalam jawatan parti.

Seorang penulis tetap di Sin Chew Jit Poh berpendapat, penubuhan Bersatu sebenarnya wujud ekoran pertelingkahan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menulis, sekiranya Tun Mahathir tidak bertindak keluar Umno dan Muhyiddin tidak dipecat daripada Umno, sudah pasti tidak akan wujudnya Bersatu. Disebabkan gagal memaksa Najib letak jawatan, maka lahirlah sebuah parti baharu ini yang dilihat lebih mengutamakan kaum Melayu dan pribumi daripada kaum-kaum lain.

"Strategik Tun Mahathir adalah untuk menubuhkan barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN. Bagaimanapun, soal pengagihan kerusi antara semua parti komponen pembangkang pastinya akan menimbulkan masalah.

"Apakah Pas dan PKR terutamanya akan begitu mudah menyerahkan kerusi milik mereka untuk ahli Bersatu bertanding dalam PRU akan datang? Masa depan Bersatu adalah bergantung kepada keputusan PRU akan datang. Parti baharu ini tidak mampu bertahan lama sekiranya hanya menjadi parti serpihan Umno sahaja," tulisnya.

Petikan daripada artikel sinar harian ruangan Dari Akhbar Cina ulasan saudara Ong Boon Teck "Mampukah Bersatu bertahan lama?".


Thursday, August 4, 2016

LTSIP jadi lapangan terbang antarabangsa selepas naik taraf

  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ditentukan bakal menjadi lapangan terbang antarabangsa selepas kerja-kerja menaik taraf selesai dilaksanakan.

Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, pada masa ini, fokus utama adalah pembesaran terminal LTSIP bagi menampung sebanyak empat juta penumpang berbanding hanya sekitar 1.5 juta sebelum ini. - Utusan



Monday, January 11, 2016

Sekolah Kebangsaan Meranto

Salam semua Incik Hasrul ucapkan, belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016. Semoga tahun baru memberi sinar bahagia buat kita semua.

Merujuk kepada tajuk diatas sebenarnya Incik Hasrul bekas pelajar di sekolah tersebut dan terbaca status sebuah pages FB berkenaan sekolah tersebut yang sedang membuat tinjauan. Dengan kata lain sebenarnya sedang berusaha untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SK Meranto.

Logo Sekolah Kebangsaan Meranto
Sebelum itu suka untuk Incik Hasrul terangkan sedikit info mengenai sekolah ini. SK Meranto adalah salah sebuah sekolah pedalaman di daerah Gua Musang. Jangan tak percaya pulak...hehehe

Incik Hasrul merupakan salah seorang anak sulung sekolah ini dan tergolong dalam kelompok pertama mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut.

Mungkin sukar untuk mengumpulkan maklumat ini kan? Apa pun kita boleh berusaha untuk menjayakannya. Sila berkunjung ke link ini. www.facebook.com/SKMerantoGuaMusangKelantan