Saturday, November 24, 2012
Thursday, November 22, 2012
Kenapa Mereka Mahukan Tanah Palestin dan Masjid Al Aqsa?
Ratusan
tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah
As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada
umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan.
Ramai
yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan
ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya,
dan dunia 'amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa.
Dunia ditipu sekian lama!
Dunia ditipu sekian lama!
Thursday, November 15, 2012
Ketua Ketenteraan HAMAS Terbunuh di Awal Maal Hijrah
Ketua ketenteraan HAMAS antara 9 yang terkorban dalam serangan terbaru Israel terhadap Gaza pada awal tahun baru Maal hijrah.
Komander kanan Ahmad al-Jabari maut dalam satu serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas bandar Gaza. Serangan tersebut mengenai kereta yang dinaiki oleh Ahmed semalam.
Serangan itu mengorbankan Ahmed al-Jaabari manakala pengawal peribadinya cedera,’’ kata Ayman Sahabani, doktor di Hospital Shifa.
Agensi risikan domestik Israel, Shin Bet mengesahkan serangan itu yang menyasarkan al-Jaabari.
Israel mengganas tegakkan keAKUan...
Sambil mendada penuh keangkuhan...
Apa anda boleh lakukan...
Diwaktu Muslim bercakaran...
Apa anda boleh lakukan...
Bila Palestin menjadi ratahan...
Apa anda boleh lakukan...
Bila Al-Quran sekadar perhiasan...
Apa anda boleh lakukan...
Wednesday, November 14, 2012
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H
Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk
menyambut Maal Hijrah 1434H ini.
Bagi umat Islam, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah bukan sahaja kehidupan umat Islam bahkan senario dan lanskap dunia secara keseluruhannya.
Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah serta mampu mentadbir Madinah. Sesungguhnya perjalanan hijrah Rasulullah SAW dan para sahabatnya memberi impak yang sangat besar hingga tercapainya al-falah dan tertegaknya Daulah Islamiah kerana ianya didukungi oleh kepaduan iman dan takwa.

Thursday, November 8, 2012
Seksa Meninggalkan Solat
Sembahyang itu tiang agama sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkanya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.
6 Seksa di dunia
*Allah SWT mengurangkan berkat umurnya. *Allah SWT tidak permudahkan rezekinya di dunia. *Allah SWT menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya. *Ia tidak mempunyai tempat di dalam Islam. *Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala. *Allah SWT tidak akan menerima doanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)