Terdapat satu kajian mengenai hubungan di antara kiblat, kaabah dan hari
kiamat yang mampu membuatkan anda tertarik untuk membacanya.. Kajian
ini adalah satu bentuk analisa yang boleh dianggap tepat dan artikel asal ini diterbitkan oleh melayukini.net.
Perhubungan antara
Kiblat, Kaabah dan hari Kiamat ini adalah satu artikel yang menarik yang sesuai
untuk dibuat sebagai renungan kita. Mengenai satu kajian hubungan antara kiblat
kaabah dan hari kiamat. Sungguh
beruntung bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Di
sana kita akan dapat bersujud betul-betul di hadapan kaabah.
Sesungguhnya rumah
yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah)
yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
Kita mungkin
pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada
Ibadah Tawaf?
Ini juga sering
menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah
dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalau
bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.
2. Dengan pola
ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah,
ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut,
searah dengan arah jam misalnya?
3. Kenapa solat
yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa
dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa
Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat
sendiri?
5. Singgasana
Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya.
1. Tenaga Solat
dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP
SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti
dalam masa 24 jam,
Misal orang di
Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit
kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.
Sebelum selesai
zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di
Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan,
tahun dan seterusnya.
2. Tenaga yang
terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh
orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang
dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut
dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan
diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke
LANGIT!!!
Maka sedikit
terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke
langit.
Sebagai satu
cerobong yang dimulai dari Kaabah.
Menuju Langit yang
mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti
ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai
ke Hadirat Nya.
Jadi selama 24 Jam
sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya
sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa,
diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira
persyaratan huraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum
alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.
Jadi harus “Saintis
dan Ulama bersama-sama atau sokongan antara satu sama lain mencapai kesefahaman
yang lebih luas kepada agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.
2. Memperkuatkan
kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu
berhubung 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan
segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
3. Terjawablah
jika solat itu bukanlah menyembah batu (Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh
Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat
dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha
Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini sekadar
renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran,
kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa
ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main
(asal jadi)
Jadi itu lebih
banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini
renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu
menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci
dan Hadis bahkan mendukungnya.
Ramalan untuk
memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan
hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan
menyerang Kaabah suatu hari nanti).
2. Jika pusat bumi
bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat
terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga
penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan
Agama.
5. Untuk selain
Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan
pentium 4 adalah sangat berbezakan..
Bagaimana petunjuk
Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi
Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad
SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.
Sehingga kalian
mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.
Sumber dipetik dari; Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat Kaabah Dan Hari Kiamat
No comments:
Post a Comment