Kegembiraan menyaksikan sendiri perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kehadiran penyokong TRW yang majoritinya tinggal di sekitar Ibunegara sudah menyesakkan stadium belum ditambah dengan kehadiran besar penyokong dari Kelantan. Sorakan daripada penonton setelah jaringan gol pertama menghangatkan lagi perlawanan sehinggalah tamat perlawanan. Penyokong pulang gembira hati riang tidak terkata.
Selangor makan telur 3 biji |
Jumpa lagi di perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. TRW bakal menyamakan rekod piala berganda yang dicipta pasukan Kedah sebelum ini sekiranya berjaya mengatasi ATM pada perlawanan akhir. Insya' Allah Piala Malaysia akan kembali ke Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment