Bulan Rabiul Awal kebiasaannya umat Islam terutamanya di negara kita Malaysia tercinta mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul disambut sebagai tanda kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW.
Firman Allah:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, dia sangat merasai penderitaan yang ditanggung oleh kamu dan sangat menginginkan kebaikan untuk kamu, dia sangat mengasihani serta menyayangi orang-orang yang beriman. (Surah at-Taubah : ayat 128)
Sebagai tanda sayang dan kasih kepada Rasulullah kita digalakkan memperbanyakkan berselawat kerana dengan berselawat Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca
selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku
satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya
rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
No comments:
Post a Comment