Kajian seorang ahli neurologi di Berlin, Jerman berjaya menemui
bahagian otak yang membuat dan mempengaruhi manusia menjadi jahat.
Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan
bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan
X-ray.
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku
jenayah,” katanya.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku
jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama.
Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh
diwarisi daripada genetik.
"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di
bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi
mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline
No comments:
Post a Comment