Apex atau pemilik nama Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol no.1 pasukan bola sepak negara bertindak menukar profesion setelah gagal membawa Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2012. Apek di khabarkan telah memilih untuk menjadi penyanyi hindustan pertama Malaysia.
Belum reda dengan isu perkahwinan beliau yang menyebabkan prestasinya hambar, Apex nampaknya nekad untuk menjadi penyanyi dan mencipta populariti baru sebelum bergelar suami kepada Leuniey.
Saturday, December 22, 2012
Thursday, December 20, 2012
Faktor Penyebab Perut Buncit
Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja
membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun
sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang
lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi
buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak
faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor
keturunan.
Labels:
Kesihatan
Tuesday, December 18, 2012
Sebuah Piala Seekor Kambing - Telefilem Penuh
Kampung Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah di bawah
jagaan seorang Penggawa yang baru di lantik. Di malam perasmian perlantikan
penggawa itu tercetus pergaduhan antara budak-budak kampung Bendang Kweng dan
Pantai Cherang Nipah.
Penggawa ingin menyatukan dengan mengadakan pertandingan
bola sepak pantai 7 Sebelah merebut sebuah piala seekor kambing. Saksikan satu lagi drama berunsurkan komedi di
bawah arahan Sabri Yunus, seperti Sorok Bau Budu, telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing akan mengangkat sekali lagi keindahan budaya Kelantan.
Para Pelakon telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing :-Syed Aiman, Mira Amnas, Sabri Yunus,
Khusairy Chua, Isey Fazli Sham, Jasni, Mohd Shahrul Hakimi Bin Mohammad, Roy
Kapilla, Nik Radhi, Kamarool Haji Yusof.
Labels:
Hiburan
Monday, December 17, 2012
Malaysia Berpotensi Dilanda Gempa Bumi
Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada
masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api
Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.
Labels:
Malaysia
Saturday, December 15, 2012
Kuliah Jumaat Tok Guru 14 Dec 2012
Rakaman kuliah Jumaat
oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar
Kelantan. Kuliah migguan ini pada 30 Muharram 1434H/ 14 December 2012M, tempat
biasa Medan Ilmu, Kota Bharu.
Kekalkan kepimpinan tuan
guru dalam pilihanraya akan datang agar Medan Ilmu terus hidup dengan program
keagamaan dan dakwah sepanjang zaman. Allahuakbar!!!
Labels:
Dakwah
Friday, December 14, 2012
Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia
Assalamualaikum sahabat semua yang tekun dan berminat untuk mengetahui perkembangan di Syria. Umum kita mengetahui rakyat Syria bermati-matian memperjuangkan kebebasan dari rejim Basyar.
Perkembangan terkini menurut laman FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria, perkembangan mutakhir di Syria menampakkan bahawa Basyar bakal hilang kuasa dalam tempoh yang sangat dekat.
Perkembangan terkini menurut laman FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria, perkembangan mutakhir di Syria menampakkan bahawa Basyar bakal hilang kuasa dalam tempoh yang sangat dekat.
Labels:
Dunia Islam
Thursday, December 13, 2012
Wednesday, December 12, 2012
Perlawanan Penuh Separuh Akhir Pertama AFF 2012 Malaysia VS Thailand
Saksikan semula perlawanan penuh separuh akhir pertama Piala AFF 2012 pasukan negara Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember 2012. Perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.
Labels:
Malaysia
Tuesday, December 11, 2012
Rakaman Penuh Bicara Selebriti 1 Disember 2012
Rakaman penuh Program Bicara Selebriti Siri ke 6 yang diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan. Bicara Selebriti Kali ini turut menampilkan selebriti yang hebat dan terhangat di pasaran antaranya Ustaz Azhar Idrus, Meyda Sefira, Heliza Helmi, dan Moderator Amin Idris pengacara terkenal TV AlHijrah. Bicara Selebriti dengan slogan baru, Segalanya Bermula Di Kelantan.
Labels:
Hiburan
Monday, December 10, 2012
Revolusi dan Inovasi Menentang Rejim Basyar Al-Asad
Keghairahan mujahidin dan pejuang-pejuang revolusi Syria, berjuang untuk membebaskan Syria dari pemerintahan rejim Basyar memcetuskan pelbagai kejutan kepada umat Islam amnya.
Kejayaan pendokong dan pejuang revolusi menawan beberapa kubu kuat tentera Basyar sehingga memaksa pihak tentera yang menyokong rejim berundur adalah satu kemenangan moral buat semua pejuang.
Berita yang mengemparkan bahawa dilaporkan dalam 2-3 hari yang lalu, sejumlah besar dalam kalangan tentera-tentera rejim termasuk pegawai-pegawai berpangkat telah menyertai mujahidin untuk sama-sama membebaskan Dimasyq dan seterusnya Syria dari terus menjadi boneka Iran dan Israel.

Sunday, December 9, 2012
Peluang Harimau Malaya Pertahankan Piala Suzuki AFF
Pasukan Malaysia yang dikenali dengan jolokan Harimau Malaya harus membuktikan kepada penyokong dan peminat bola sepak tanah air bahawa kita mampu untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi sebelum ini.
"Thailand secara tradisi memang pasukan yang hebat dalam kejohanan ini tapi situasi sudah berubah sedikit, saya berharap kita boleh melakukan yang terbaik hari ini."
"Thailand secara tradisi memang pasukan yang hebat dalam kejohanan ini tapi situasi sudah berubah sedikit, saya berharap kita boleh melakukan yang terbaik hari ini."
Labels:
Malaysia
Saturday, December 8, 2012
Khaled Meshaal Pemimpin Hamas Buangan Kembali Ke Palestin
Khaled Meshaal |
Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi
sempadan Mesir ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.
Khaled Meshaal terus melakukan sujud syukur dan beliau berharap suatu hari nanti dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.
Kehadiran Khaled Meshaal juga menandakan berakhirnya tempoh buangan beliau selama 45 tahun.
Labels:
Dunia Islam
Friday, December 7, 2012
Ada Apa Dengan BlackBerry Curve 9380
Assalamualaikum...Ada apa sebenarnya dengan BlackBerry ni tiba-tiba rasa nak selongkar satu produk dari jenama tersebut. Pilihan yang ada BlackBerry Curve 9380. Selongkar punya selongkar rupanya model ini sudah setahun berada dalam pasaran Malaysia.
Kenapa BlackBerry Curve 9380 bukan model BlackBerry yang lain? Sebab ada tawaran baik punya, rugi tak rebut peluang, nak beli yang baru tak mampu la kawan. Harga pun agak berbaloi kalau dibandingkan dengan harga dalam kedai.
BlackBerry Curve 9380 |
Kenapa BlackBerry Curve 9380 bukan model BlackBerry yang lain? Sebab ada tawaran baik punya, rugi tak rebut peluang, nak beli yang baru tak mampu la kawan. Harga pun agak berbaloi kalau dibandingkan dengan harga dalam kedai.
Thursday, December 6, 2012
Syeikh Hafiz Salamah Bertemu Perdana Menteri Palestin
Syeikh Hafiz Salamah bersama teman-temannya masuk ke Gaza menemui Perdana menteri Palestin Ismail Haniyeh.
Ini juga merupakan pertemuan bersejarah menemukan tokoh tentera Mesir dalam perang Oktober 1973 Mesir-Israel dengan tokoh pejuang Palestin dan ia merupakan kali pertama buatnya menjejakkan kakinya ke tanah palestin-Gaza sejak perang tersebut.
Beliau terkenal dengan semangat juangnya dan kisah perang ketika menjadi tentera barisan hadapan menentang pencerobohan Israel di Semenanjung Sinai sebelum dibebaskan dalam perang 10 Ramadhan 1973.

Walaupun kini dimakan usia yang tua 87 tahun, beliau mempunyai kekuatan tenaga yang cukup mengkagumkan. Semoga Allah memberkati umur dan perjuangan beliau.
Tuesday, December 4, 2012
Sajak Dari Meyda Sefira : Seperti Apa Kelantan itu?
Meyda Sefira adalah seorang artis dari Indonesia yang dikenali setelah membintangi filem dan drama Ketika Cinta Bertasbih.
Filem yang agak popular yang mengangkat nilai keislaman dan mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia. Meyda Sefira yang baru berusia 24 tahun dan masih lagi bujang ini berasal dari Bandung, Jawa Barat.
Meyda Sefira merupakan peminat karya-karya Kang Abik (Habiburrahman El Shirazy, Novelis no.1 Indonesia juga terkenal sebagai sutradara, dai dan penyair.) seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih telah mencipta dan mendeklamasikan sebuah sajak khas untuk Negeri Kelantan.
Sajak ini dideklamasikan oleh beliau semasa dijemput menyertai program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan pada 1 Disember 2012 yang lalu di Stadium Sultan Muhammad IV.

Monday, December 3, 2012
Tahukah Kita Situasi di Palestin?
Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat atau informasi secara ringkas apa yang kita faham, apa yang kita tahu situasi sebenar yang berlaku di bumi Palestin setelah penjajahan bangsa yahudi laknatullah.
Yahudi yang menubuhkan negara Israel yang kita kenal hari ini bukanlah negara sebenar mereka, tapi sebuah anugerah penempatan dari pihak barat bagi menempatkan bangsa yahudi yang hidup merempat di serata dunia menetap dalam satu kawasan.
Malangnya penempatan yang dijanjikan barat itu adalah sebuah negara yang bergelar Palestin. Lihatlah betapa biadapnya bangsa yahudi yang asalnya pendatang dengan izin hari mengambil kesempatan yang ada menjajah dan merosakkan tanah kepunyaan rakyat Palestin untuk meluaskan negara haram Israel seterusnya dengan niat untuk melenyapkan Palestin dari peta dunia.
Saksikan sebuah video dalam bentuk animasi untuk tontonan dan pengetahuan bersama. Video dihasilkan oleh pihak yang memperjuangkan keamanan kedua-dua pihak antara Palestin dan Israel dari 'Jewish Voice For Peace'.

Subscribe to:
Posts (Atom)