Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja
membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun
sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang
lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi
buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak
faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor
keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara
umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
Kedua ialah faktor penuaan. Dengan
bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai
berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch
mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan
pengumpulan lemak di perut.
Faktor ketiga ialah makanan dan
minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu
menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah
musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Nak bangun pun malas jadi orang buncit ni. |
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi
tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama
seperti kalori dalam makanan berlemak.
Selain itu, meminum alkohol
akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa
sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai
lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu
makan,” ujar doktor yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan
perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi.
Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi,
maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya
minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.
Penyebab keempat bagi perut buncit ialah
tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata
biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana
penghadaman terganggu.
Penyebab kelima, stres. Menurut
Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh
termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang
dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut
kelihatan lebih mengembang.
“Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta
bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita
yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan
di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin
diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di
sekitar perut.
Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan
perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan
pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada
pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang
bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak
selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan
karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung
seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.
Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam
bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di
antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa
kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas
Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan
perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”
Seksanya kalau dah membuncit |
Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur
selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses
penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.
Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis
ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit.
“Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut
buncit,” jelas Selfie. Yahoo!News
patutlah perut sy makin boroi! Inilah sebab2nya!
ReplyDeletesy muda2 lg dh boroi en. daddy zuki..hehehe
Deletebelum kawen lg, lps kawen xtau la
Kesimpulannya, faktor pemakanan (lifestyle) memainkan peranan yang besar dalam menyumbang kepada "perut buncit"...
ReplyDeleteya btul 2 shraqs, kita yg memilih untuk jd buncit..
DeleteWah incik hasrul . Bila nak ambik memorikad dari saya. Lama saya simpan.
ReplyDeleteya sy, sape ni? memorikad telefon ke?
Delete