Syeikh Hafiz Salamah bersama teman-temannya masuk ke Gaza menemui Perdana menteri Palestin Ismail Haniyeh.
Ini juga merupakan pertemuan bersejarah menemukan tokoh tentera Mesir dalam perang Oktober 1973 Mesir-Israel dengan tokoh pejuang Palestin dan ia merupakan kali pertama buatnya menjejakkan kakinya ke tanah palestin-Gaza sejak perang tersebut.
Beliau terkenal dengan semangat juangnya dan kisah perang ketika menjadi tentera barisan hadapan menentang pencerobohan Israel di Semenanjung Sinai sebelum dibebaskan dalam perang 10 Ramadhan 1973.
Ini juga merupakan pertemuan bersejarah menemukan tokoh tentera Mesir dalam perang Oktober 1973 Mesir-Israel dengan tokoh pejuang Palestin dan ia merupakan kali pertama buatnya menjejakkan kakinya ke tanah palestin-Gaza sejak perang tersebut.
Beliau terkenal dengan semangat juangnya dan kisah perang ketika menjadi tentera barisan hadapan menentang pencerobohan Israel di Semenanjung Sinai sebelum dibebaskan dalam perang 10 Ramadhan 1973.
Walaupun kini dimakan usia yang tua 87 tahun, beliau mempunyai kekuatan tenaga yang cukup mengkagumkan. Semoga Allah memberkati umur dan perjuangan beliau.
Syeikh Hafiz Salamah kassyaf dalam perang Mesir-Israel
Bagi umat Islam di Mesir dan di seluruh
dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz
Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah
memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang
bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah
umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap
untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain
termasuklah bumi bertuah, Mesir.
Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami
Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar
saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan
mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup
menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya' di kalangan mereka
sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya' adalah utusan
daripada Allah SWT.
Kebiadapan mereka perlu diajar seperti
yang pernah dilakukan oleh individu Muslim yang berpegang kuat kepada
ajaran agama Allah SWT, seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hafiz
Salamah ketika tercetusnya perang antara Mesir dan Israel pada tahun
1973. Perang berpihak kepada kemenangan Mesir kerana berkat doa, usaha
serta penentangan yang ditonjolkan oleh individu-individu seperti Syeikh
Hafiz Salamah.
Rahmat Allah SWT dengan berkat Syeikh
Hafiz Salamah, maka Mesir terselamat dalam kancah perang pada 1973 yang
akhirnya memaksa tentera Israel berundur dari seluruh kawasan dan
wilayah di Mesir kerana perancangan mereka tersekat dengan munculnya
satu keajaiban melalui tangan keramat Syeikh Hafiz Salamah.
Keperibadian Syeikh Hafiz Salamah
Namanya Hafiz Ali Ahmad Salamah atau
lebih dikenali umum sebagai Hafiz Salamah, dilahirkan pada 10
Jamadilakhir 1344H bersamaan dengan 25 Disember 1925 di bandar Suez.
Beliau anak keempat daripada pasangan Ali Salamah iaitu seorang saudagar
kain yang menjelajah dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain
seperti yang pernah dilkukan oleh Rasulullah SAW pada zaman kehidupan
baginda.
Dalam Perang Dunia Kedua, ayahnya
berhasrat untuk membawa ahli keluarganya untuk berhijrah ke Kaherah
memandangkan Suez adalah tempat masuk segenap bala tentera asing yang
mengancam penduduk setempat sekali gus menghalang segala aktiviti harian
termasuk perdagangan dengan pelbagai bentuk jenisnya.
Namun Syeikh Hafiz enggan untuk bersama
keluarganya ke Kaherah dengan alasan mahu meneruskan perniagaan ayahnya
di Suez, sekali gus mahu mampertahankannya daripada segenap anasir yang
datang.
Dalam usia mencecah 19 tahun, Syeikh
Hafiz menyertai sebuah pertubuhan belia pada 1944 yang dikenali sebagai
Jam'iyyah Syabab Muhammad (Pertubuhan Belia Muhammad) yang merupakan
penglibatan awalnya dalam kancah penentangan terhadap segenap bentuk
penjajahan asing ke atas Mesir.
Kecenderungan kepada gerakan secara tidak langsung
Syeikh Hafiz Salamah sedar, bahawa
kebanyakan para aktivis Islam pada masa itu bersama dengan gerakan Islam
yang ada pada masa itu yang diasaskan oleh Imam Hassan, yang berjuang
bukan sahaja dalam Mesir, malah perjuangan mereka hingga mengerahkan
ahli-ahlinya untuk menyelamatkan bumi Palestin yang dirampas pada 1948
yang ditaja oleh Britain, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB).
Syeikh Hafiz Salamah tidak menolak
pendekatan yang dibuat oleh gerakan Islam yang ada pada masa itu dalam
meneruskan misi dakwah dan gerakannya. Malah beliau terus bersama
Pertubuhan Belia Muhammad yang masih dilihat oleh pihak berkuasa dan
tentera asing bukanlah ancaman terhadap mereka, tetapi pada masa yang
sama bertindak mengancam dan menghalang hasrat mereka untuk menjajah dan
menakluk bumi Mesir.
Beliau yang juga terlibat dalam
menyertai ketumbukan gerakan Islam pada tahun 1948 ke Palestin bagi
menyelamatkan bumi tersebut terkandas kerana pihak berkuasa Mesir lebih
dahulu mengesan individu yang menjadi delegasi untuk menyelamatkan
Palestin, nama-nama mereka diserahkan kepada tentera British untuk
diambil tindakan undang-undang.
Pada tahun 1950, Syeikh Hafiz Salamah
dan juga aktivis gerakan Islam menjadi buruan pihak berkuasa atas arahan
British. Akhirnya beliau ditangkap kerana tulisannya yang tersiar di
dalam akhbar "An-Nazir" yang mengkritik hebat pakaian wanita dalam
pasukan Bulan Sabit Merah yang menyerupai rahib-rahib Kristian.
Beberapa bulan selepas ditahan, Syeikh
Hafiz Salamah bertindak garang dengan menghalakan sasaran kritikan
pedasnya terhadap kekejaman tentera British pada 1951 yang akhirnya
beliau sekali lagi ditangkap hingga kepada berlaku revolusi yang
dikenali sebagai "Revolusi Julai 1952" yang dianggap sebagai satu
petualang kepada perpecahan orang Arab hingga ke hari ini.
Presiden Mesir ketika itu, Presiden
Jamal Abdul Naser mengeluarkan arahan supaya Pertubuhan Belia Muhammad
diharamkan serta-merta markaz mereka ditutup, segala aktiviti dihalang
bagi menjaga kepentingan Mesir dan Soviet Union ketika itu, kerana
Presiden Jamal Abdul Naser adalah pemimpin Mesir yang berhaluan
Sosialis, maka Syeikh Hafiz Salamah turut ditangkap dan disumbat ke
dalam Penjara Za'bal.
Berjihad di belakang tabir penjara
Syeikh Hafiz Salamah yang diletak di
dalam sel yang bernombor 12 di penjara Anbar Al-'Atawilah tidak berdiam
diri, malah menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Presiden
Jamal Naser menasihatkannya agar bertakwa kepada Allah SWT, hendaklah
beliau takut kepada-Nya yang akan mati dan berada dalam alam kubur
hingga sanggup menjadi tali barut musuh Islam dengan menggadai maruah
ajaran Islam dan akidah.
Beliau bersama para pimpinan gerakan Islam
turut memohon agar dibebaskan supaya dapat mempertahankan Mesir dari
serangan Israel, ia berlaku pada tahun 1967 di mana tentera Mesir kalah
dalam peperangan itu.
Beliau menegaskan dengan jelas, bahawa
tangan-tangan Muslim yang jarang berwudhuk, tidak akan diberi kemenangan
oleh Allah SWT, kerana mereka sama sahaja seperti orang-orang kafir.
Permintaan Syeikh Hafiz Salamah akhirnya ditunaikan akan tetapi, sudah
agak terlewat kerana Mesir telah menerima kekalahan.
Perang 6 Ramadhan menghadapi tentera Israel
Syeikh Hafiz Salamah boleh dianggap wira
dalam peperangan pada tahun 1973 setelah Syeikh Al-Azhar pada waktu Dr.
Abdul Halim Mahmoud bermimpi bahawa Mesir akan menerima kemenangan dan
mengerahkan seluruh bala tenteranya melalui Presiden Anwar Sadat agar
bersiap siaga dalam menghadapi peperangan tersebut.
Syeikh Hafiz Salamah berperanan besar
pada peperangan itu. Apabila tentera Israel mengalirkan racun dalam laut
Mesir termasuk di Terusan Suez yang menjadi sumber minuman kepada
seluruh rakyat negara itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki
rakyat negara Mesir mati diracun.
Maka dengan berkat dan keramat
(karomah) Syeikh Hafiz Salamah yang kassyaf kerana banyak beramal dan
berzikir kepada Allah, beliau telah mengalihkan air racun tersebut untuk
dikirim semula ke Israel agar menjadi sumber minuman beracun dengan
jarinya yang mulia itu.
Takdir Allah menentukan segala-galanya
apabila Mesir menerima kemenangan dalam peperangan tersebut atas berkat
doa, gandingan serta penggemblengan tenaga para ulamak yang membuka mata
umum bahawa para ulamaklah yang menjadi tulang belakang kemenangan
kepada Mesir walaupun mereka pernah dipenjara atas alasan yang tidak
munasabah kerana semata-mata mendaulatkan Islam secara praktikal.
Sesungguhnya kehidupan Syeikh Hafiz
Salamah sarat dengan perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka
bumi ini, sama ada menghadapi musuh Allah di kalangan orang-orang kafir
Nasrani (Kristian) atau Yahudi, mahupun musuh dalam selimat di kalangan
bangsa sendiri yang sanggup menjadi penerus hidup yang menentang Allah
SWT. Sumber
No comments:
Post a Comment