1. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa isyarat lemah atau
tiada. Hal ini akan membuat si HP pening dan mual.
2. Jangan cas HP anda terlalu lama setelah bateri sudah
penuh. Hal ini akan membuat bateri anda bunting atau melembung. Jika itu
terjadi, belum tentu anda mahu bertanggungjawab dan sanggup menikahinya.
3. Jangan terlalu sering bermain game di HP. Cubalah serius
dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan seperti anda juga.
4. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP
anda. Jika ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit.
5. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda,
bau dan virus. Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu. Begitu juga dengan HP
anda.
6. Pakaikan baju atau jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini
akan membuat HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin.
7. Jangan terlalu sering mengisi kredit yang murah (RM5).
Hal ini akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin tinggi
harga dirinya..
8. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan
menjimatkan kredit HP anda.
9. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau
pasangan curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda (mungkin
nyawa anda juga turut melayang).
10. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang
empuk atau lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati atau tulang
belakang.. SEMOGA BERMANFAAT KEPADA HP ANDA...Selamat Beramal!
No comments:
Post a Comment