Pages

Saturday, August 13, 2016

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) telah didaftar secara rasmi di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) oleh presiden sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERSATU
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Penubuhan Bersatu ternyata jelas jika melihat pada namanya, iaitu memperjuang dan mementingkan hak Bumiputera dan pribumi. Bersatu hanya menerima Bumiputera dan pribumi, termasuk dari Sabah dan Sarawak sebagai ahli biasa, sementara kaum-kaum lain hanya boleh menjadi ahli bersekutu, iaitu tidak boleh bertanding merebut dalam jawatan parti.

Seorang penulis tetap di Sin Chew Jit Poh berpendapat, penubuhan Bersatu sebenarnya wujud ekoran pertelingkahan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menulis, sekiranya Tun Mahathir tidak bertindak keluar Umno dan Muhyiddin tidak dipecat daripada Umno, sudah pasti tidak akan wujudnya Bersatu. Disebabkan gagal memaksa Najib letak jawatan, maka lahirlah sebuah parti baharu ini yang dilihat lebih mengutamakan kaum Melayu dan pribumi daripada kaum-kaum lain.

"Strategik Tun Mahathir adalah untuk menubuhkan barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN. Bagaimanapun, soal pengagihan kerusi antara semua parti komponen pembangkang pastinya akan menimbulkan masalah.

"Apakah Pas dan PKR terutamanya akan begitu mudah menyerahkan kerusi milik mereka untuk ahli Bersatu bertanding dalam PRU akan datang? Masa depan Bersatu adalah bergantung kepada keputusan PRU akan datang. Parti baharu ini tidak mampu bertahan lama sekiranya hanya menjadi parti serpihan Umno sahaja," tulisnya.

Petikan daripada artikel sinar harian ruangan Dari Akhbar Cina ulasan saudara Ong Boon Teck "Mampukah Bersatu bertahan lama?".


Thursday, August 4, 2016

LTSIP jadi lapangan terbang antarabangsa selepas naik taraf

  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ditentukan bakal menjadi lapangan terbang antarabangsa selepas kerja-kerja menaik taraf selesai dilaksanakan.

Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, pada masa ini, fokus utama adalah pembesaran terminal LTSIP bagi menampung sebanyak empat juta penumpang berbanding hanya sekitar 1.5 juta sebelum ini. - Utusan



Monday, January 11, 2016

Sekolah Kebangsaan Meranto

Salam semua Incik Hasrul ucapkan, belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016. Semoga tahun baru memberi sinar bahagia buat kita semua.

Merujuk kepada tajuk diatas sebenarnya Incik Hasrul bekas pelajar di sekolah tersebut dan terbaca status sebuah pages FB berkenaan sekolah tersebut yang sedang membuat tinjauan. Dengan kata lain sebenarnya sedang berusaha untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SK Meranto.

Logo Sekolah Kebangsaan Meranto
Sebelum itu suka untuk Incik Hasrul terangkan sedikit info mengenai sekolah ini. SK Meranto adalah salah sebuah sekolah pedalaman di daerah Gua Musang. Jangan tak percaya pulak...hehehe

Incik Hasrul merupakan salah seorang anak sulung sekolah ini dan tergolong dalam kelompok pertama mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut.

Mungkin sukar untuk mengumpulkan maklumat ini kan? Apa pun kita boleh berusaha untuk menjayakannya. Sila berkunjung ke link ini. www.facebook.com/SKMerantoGuaMusangKelantan