Pages

Friday, February 22, 2013

Kuliah Jumaat Tok Guru 8 Feb 2013



Rakaman kuliah jumaat yang juga kuliah rutin mingguan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Tok Guru), Menteri Besar Kelantan pada 8 Februari 2013. Tok Guru masih gagah dan bertenaga menyampaikan dakwah di negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim, penyampain kuliah Tok Guru sangat ditunggu-tunggu dan sentiasa mendapat sambutan dari rakyat Kelantan yang dahagakan ilmu-ilmu agama.

Ketokohan Tok Guru mendapat pengiktirafan dari seluruh pemimpin negara-negara Islam di peringkat antarabangsa. Tok Guru juga merupakan tokoh Ulama' terawal yang menceburkan diri dalam politik moden, dan berjaya memimpin kerajaan walaupun hanya di peringkat negeri.

Kejayaan Tok Guru memimpin negeri dengan menerapkan sistem perundangan Islam dan dasar-dasar berkebajikan menjadi ikutan terutama dari kepimpinan kerajaan pusat.

Amat malang bagi segelintir umat Kelantan hari ini apabila mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari sekelompok umat yang tidak suka dengan kepimpinan Tok Guru mencanang Tok Guru sebagai pemimpin ajaran sesat.

Bawa mengucap dan bertaubatlah sesiapa yang membawa dakyah sekalian. Tanpa mengikut Ulama' yang ada hari ini maka sesatlah kita dikemudian hari. Pilihan di hati anda sama ada ingin mengikuti jalan ke Syurga atau Neraka.

Thursday, February 21, 2013

Sesuatu Yang Terjadi Ada Jawapannya...

Kita selalu bertanya dan mempertikaikan apa yang terjadi ke atas diri kita selama ini. Kita tidak sedar dan redha bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Ya Allah... Kenapa semua ini terjadi pada aku?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Ya Allah... Kenapa berat sangat ujian ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Ya Allah... Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah oarang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-Surah Al-Imran ayat 139

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-Surah Yusuf ayat 12

Ya Allah... Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini?
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Ya Allah... Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
-Surah At-Taubat ayat 111

Ya Allah... Kepada siapa untuk aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
-Surah At-Taubat ayat 129

Ya Allah... Berimankah aku?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Renung dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Sebaik-baik insan adalah yang memberi manfaat kepada insan yang lain.



Wednesday, February 20, 2013

Jika Ingin Pergaulan Yang baik

Sekumpulan pendita berpandangan bahawa, jika inginkan pergaulan yang baik, maka peliharalah tata tertib berikut:

PERTAMA: Berilah keredhaan yang sama kepada kawan mahupun musuh. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri tanpa menghinakannya. Bersederhanalah dalam semua perkara.

KEDUA: Duduklah dengan tetap tanpa banyak mengerak-gerakkan jari jemari,tangan, kaki, kepala, dan sebagainya.

KETIGA: Elakkan perlakuan yang menjijikkan seperti mengorek gigi atau hidung, berludah, menggeliat, menguap di hadapan orang ramai.

KEEMPAT: Duduk dengan tenang dan berbual dengan teratur.

KELIMA: Dengarlah perbualan atau percakapan orang lain dengan baik, jika ingin tertawa, janganlah sampai terbahak-bahak.

KEENAM: Elakkan dari terlalu memuji diri, anak buah atau hasil kerja sendiri.

KETUJUH: Tidak terlalu menghias diri, dan tidak pula berpakaian terlalu hodoh.

KELAPAN: Tidak terlalu menggesa orang untuk mendapatkan sesuatu keperluan, serta tidak menganiaya sesama manusia.

KESEMBILAN: Jika berselisih pendapat, bertenanglah. Fikirkan hujah dan dalil yang diterima akal. Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa badan. Apabila marah, tunggulah ia reda kemudian barulah bercakap.

KESEPULUH: Jangan sesekali menganggap harta kekayaan yang dimiliki lebih mulia daripada harga diri sendiri.

KESEBELAS: Peliharalah adab-adab majlis. Apabila memasuki sesuatu majlis Imam Ghazali berpesan, apabila mula menghadiri majlis, berilah salam dan janganlah melangkah-langkah orang lain yang sedang duduk. Pilihlah tempat yang kosong dan jangan duduk di tempat yang menghalang laluan orang ramai.

Setelah duduk, bersalamlah dengan orang di kiri dan kanan serta jagalah adab-adab berikut;
*Berpaling dari melihat perkara-perkara yang tidak senonoh.
*Menolong orang yang teraniaya.
*Membantu orang sedang dalam kesusahan.
*Menolong orang yang lemah.
*Memandu orang yang sesat.
*Membalas salam orang lain.
*Menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan kejahatan.

KEDUABELAS: Janganlah terlalu banyak senda gurau sehingga kelihatan seperti seorang yang kurang akal. @ Majalah IMAN #11.

Pesanan: Nota untuk diri sendiri...

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia




Kajian seorang ahli neurologi di Berlin, Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat dan mempengaruhi manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.




Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. 

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline