Pages

Saturday, December 22, 2012

Apex Tukar Profesion Jadi Penyanyi Hisdustan

Apex atau pemilik nama Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol no.1 pasukan bola sepak negara bertindak menukar profesion setelah gagal membawa Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2012. Apek di khabarkan telah memilih untuk menjadi penyanyi hindustan pertama Malaysia.

Belum reda dengan isu perkahwinan beliau yang menyebabkan  prestasinya hambar, Apex nampaknya nekad untuk menjadi penyanyi dan mencipta populariti baru sebelum bergelar suami kepada Leuniey.

Thursday, December 20, 2012

Faktor Penyebab Perut Buncit

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan.

Tuesday, December 18, 2012

Sebuah Piala Seekor Kambing - Telefilem Penuh


Kampung Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah di bawah jagaan seorang Penggawa yang baru di lantik. Di malam perasmian perlantikan penggawa itu tercetus pergaduhan antara budak-budak kampung Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah.

Penggawa ingin menyatukan dengan mengadakan pertandingan bola sepak pantai 7 Sebelah merebut sebuah piala seekor kambing. Saksikan satu lagi drama berunsurkan komedi di bawah arahan Sabri Yunus, seperti Sorok Bau Budu, telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing akan mengangkat sekali lagi keindahan budaya Kelantan.


Para Pelakon telefilem Sebuah Piala Seekor Kambing :-Syed Aiman, Mira Amnas, Sabri Yunus, Khusairy Chua, Isey Fazli Sham, Jasni, Mohd Shahrul Hakimi Bin Mohammad, Roy Kapilla, Nik Radhi, Kamarool Haji Yusof.




Monday, December 17, 2012

Malaysia Berpotensi Dilanda Gempa Bumi


Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

Saturday, December 15, 2012

Kuliah Jumaat Tok Guru 14 Dec 2012


Rakaman kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kuliah migguan ini pada 30 Muharram 1434H/ 14 December 2012M, tempat biasa Medan Ilmu, Kota Bharu.

Kekalkan kepimpinan tuan guru dalam pilihanraya akan datang agar Medan Ilmu terus hidup dengan program keagamaan dan dakwah sepanjang zaman. Allahuakbar!!!





Friday, December 14, 2012

Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia

Assalamualaikum sahabat semua yang tekun dan berminat untuk mengetahui perkembangan di Syria. Umum kita mengetahui rakyat Syria bermati-matian memperjuangkan kebebasan dari rejim Basyar.

Perkembangan terkini menurut laman FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria, perkembangan mutakhir di Syria menampakkan bahawa Basyar bakal hilang kuasa dalam tempoh yang sangat dekat.

Thursday, December 13, 2012

Tips Penjagaan Handphone (HP), Smartphone, Tablet dan Seangkatan Dengannya

Incik Hasrul

Wednesday, December 12, 2012

Perlawanan Penuh Separuh Akhir Pertama AFF 2012 Malaysia VS Thailand

Saksikan semula perlawanan penuh separuh akhir pertama Piala AFF 2012 pasukan negara Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember 2012. Perlawanan yang berkesudahan seri 1-1.




Tuesday, December 11, 2012

Rakaman Penuh Bicara Selebriti 1 Disember 2012

Rakaman penuh Program Bicara Selebriti Siri ke 6 yang diadakan pada 1 Disember 2012 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan. Bicara Selebriti Kali ini turut menampilkan selebriti yang hebat dan terhangat di pasaran antaranya Ustaz Azhar Idrus, Meyda Sefira, Heliza Helmi, dan Moderator Amin Idris pengacara terkenal TV AlHijrah. Bicara Selebriti dengan slogan baru, Segalanya Bermula Di Kelantan.

Monday, December 10, 2012

Revolusi dan Inovasi Menentang Rejim Basyar Al-Asad

Keghairahan mujahidin dan pejuang-pejuang revolusi Syria, berjuang untuk membebaskan Syria dari pemerintahan rejim Basyar memcetuskan pelbagai kejutan kepada umat Islam  amnya.

Kejayaan pendokong dan pejuang revolusi menawan beberapa kubu kuat tentera Basyar sehingga memaksa pihak tentera yang menyokong rejim  berundur adalah satu kemenangan moral buat semua pejuang.

Berita yang mengemparkan bahawa dilaporkan dalam 2-3 hari yang lalu, sejumlah besar dalam kalangan tentera-tentera rejim termasuk pegawai-pegawai berpangkat telah menyertai mujahidin untuk sama-sama membebaskan Dimasyq dan seterusnya Syria dari terus menjadi boneka Iran dan Israel.

Sunday, December 9, 2012

Peluang Harimau Malaya Pertahankan Piala Suzuki AFF

Harimau Malaya
Pasukan Malaysia yang dikenali dengan jolokan Harimau Malaya harus membuktikan kepada penyokong dan peminat bola sepak tanah air bahawa kita mampu untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi sebelum ini.

"Thailand secara tradisi memang pasukan yang hebat dalam kejohanan ini tapi situasi sudah berubah sedikit, saya berharap kita boleh melakukan yang terbaik hari ini."

Saturday, December 8, 2012

Khaled Meshaal Pemimpin Hamas Buangan Kembali Ke Palestin

Khaled Meshaal
Khaled Meshaal

Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi sempadan Mesir ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.

Khaled Meshaal terus melakukan sujud syukur dan beliau berharap suatu hari nanti dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.

Kehadiran Khaled Meshaal juga menandakan berakhirnya tempoh buangan beliau selama 45 tahun.

Friday, December 7, 2012

Ada Apa Dengan BlackBerry Curve 9380

Assalamualaikum...Ada apa sebenarnya dengan BlackBerry ni tiba-tiba rasa nak selongkar satu produk dari jenama tersebut. Pilihan yang ada BlackBerry Curve 9380. Selongkar punya selongkar rupanya model  ini sudah setahun berada dalam pasaran Malaysia.

BlackBerry Curve 9380
BlackBerry Curve 9380

Kenapa BlackBerry Curve 9380 bukan model BlackBerry yang lain? Sebab ada tawaran baik punya, rugi tak rebut peluang, nak beli yang baru tak mampu la kawan. Harga pun agak berbaloi kalau dibandingkan dengan harga dalam kedai.

Thursday, December 6, 2012

Syeikh Hafiz Salamah Bertemu Perdana Menteri Palestin

Syeikh Hafiz Salamah
Syeikh Hafiz Salamah bersama teman-temannya masuk ke Gaza menemui Perdana menteri Palestin Ismail Haniyeh.

Ini juga merupakan pertemuan bersejarah menemukan tokoh tentera Mesir dalam perang Oktober 1973 Mesir-Israel dengan tokoh pejuang Palestin dan ia merupakan kali pertama buatnya menjejakkan kakinya ke tanah palestin-Gaza sejak perang tersebut.

Beliau terkenal dengan semangat juangnya dan ki
sah perang ketika menjadi tentera barisan hadapan menentang pencerobohan Israel di Semenanjung Sinai sebelum dibebaskan dalam perang 10 Ramadhan 1973.

Walaupun kini dimakan usia yang tua 87 tahun, beliau mempunyai kekuatan tenaga yang cukup mengkagumkan. Semoga Allah memberkati umur dan perjuangan beliau.

Tuesday, December 4, 2012

Sajak Dari Meyda Sefira : Seperti Apa Kelantan itu?

Meyda Sefira adalah seorang artis dari Indonesia yang dikenali setelah membintangi filem dan drama Ketika Cinta Bertasbih.

Filem yang agak popular yang mengangkat nilai keislaman dan mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia. Meyda Sefira yang baru berusia 24 tahun dan masih lagi bujang ini berasal dari Bandung, Jawa Barat.

Meyda Sefira merupakan peminat karya-karya Kang Abik (Habiburrahman El Shirazy, Novelis no.1  Indonesia juga terkenal sebagai sutradara, dai dan penyair.) seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih telah mencipta dan mendeklamasikan sebuah sajak khas untuk Negeri Kelantan.

Sajak ini dideklamasikan oleh beliau semasa dijemput menyertai program Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam Kelantan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan pada 1 Disember 2012 yang lalu di Stadium Sultan Muhammad IV.


Monday, December 3, 2012

Tahukah Kita Situasi di Palestin?

Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat atau informasi secara ringkas apa yang kita faham, apa yang kita tahu situasi sebenar yang berlaku di bumi Palestin setelah penjajahan bangsa yahudi laknatullah.

Yahudi yang menubuhkan negara Israel yang kita kenal hari ini bukanlah negara sebenar mereka, tapi sebuah anugerah penempatan dari pihak barat bagi menempatkan bangsa yahudi yang hidup merempat di serata dunia menetap dalam satu kawasan.

Malangnya penempatan yang dijanjikan barat itu adalah sebuah negara yang bergelar Palestin. Lihatlah betapa biadapnya bangsa yahudi yang asalnya pendatang dengan izin hari mengambil kesempatan yang ada menjajah dan merosakkan tanah kepunyaan rakyat Palestin untuk meluaskan negara haram Israel seterusnya dengan niat untuk melenyapkan Palestin dari peta dunia.

Saksikan sebuah video dalam bentuk animasi untuk tontonan dan pengetahuan bersama. Video dihasilkan oleh pihak yang memperjuangkan keamanan kedua-dua pihak antara Palestin dan Israel dari 'Jewish Voice For Peace'.