Pages

Monday, December 30, 2013

Keranamu Malaysia Versi Tahun Baru 2014

Jom layan lagu Keranamu Malaysia versi tahun baru 2014. Nyanyikan mengikut melodi asal dengan lirik yang disusun semula... Semoga perasaan anda lebih bersemangat menghadapi tahun baru 2014.

Keranamu Malaysia Versi Tahun Baru 2014

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Macai-macai terasuh mindanya

Lahir generasi bodoh bangang
Pakar edit, pakar putarbelit
Jaguh sembang dan juga binatang

Berkereta jenama negara
Bayar tol di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Tempat umno tabur janji

Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti akan terpedaya
Keranamu hidup kami jadi susah
Keranamu hidup kami sengsara
Keranamu kami hidup tersiksa

Menteri bodoh memusnahkan negara

Keranamu kami hidup tersiksa
Keranamu hidup dipertaruhkan
Keranamu rela kami berlapar
Demi untuk masa depan keluarga

(ULANG DARI MULA)

Keranamu menteri Malaysia...


*sumber : fb/ Hanya Di Kelate

Jom Guling-Guling di Dataran Merdeka

Jom guling-guling di Dataran Merdeka  pada malam 31 disember 2013 bersama-sama kita sambut 2014 tahun sengsara rakyat. Sambutan ambang tahun baru dengan cara yang lebih positif, bagi kerajaan celik mata sedikit siapa yang lebih berkuasa rakyat atau kerajaan.

gambar sumber : fb/abi.nur.161
“Apa sahaja cara kita buat untuk menyedarkan kerajaan tentang kesusahan hidup rakyat, Islam tidak menghalangnya."

“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

gambar sumber: Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN)
Himpunan "TURUN" yang berkisarkan harga barangan atau perkhidmatan naik. Jika ada pihak masih lagi menyebut hal himpunan "guling kerajaan", anda masih gagal merasai keperitan rakyat marhaen dan tidak sesuai menjadi pemimpin.

Bila mana menteri bodoh berkuasa
Apabila mahasiswa bersuara, ilmu yang mereka pelajari pun boleh jadi troll. Rukaini Kamarudin mahasiswa UIA mengatakan ilmu fizik yang beliau belajar masa sekolah hingga ke Universiti, turun (linear motion) tidak sama dengan guling (circular motion) dan beliau yakin guru-gurunya mengajar benda yang betul.

Turun tidak sama dengan Guling
Semoga tetap pendirian hingga PRU 14 yer bang
Bila masa kerajaan BN memahami rakyat?
JIka anda rasa teraniaya dengan tindakan kerajaan Malaysia yang membenarkan kos sara hidup rakyat meningkat, inilah masanya kita sebagai rakyat menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.

Sebagai protes kepada kerajaan ayuh bangkit rakyat Malaysia kita TURUN ke Dataran Merdeka pada malam 31 disember 2013 ini. Sambutan 2014 Tahun Sengsara Rakyat. Jangan biarkan kita terus sengsara di bumi sendiri.

Jom kita guling-guling bersama-sama, guling bukan bermakna kita guling kerajaan tapi guling-guling di dataran tunjuk tanda bantahan terhadap kos hidup yang meningkat.

Petikan puisi Prof. Madya Dato' MAZA

Monday, December 23, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum....
Sedar tak sedar rupanya tak sampai 10 hari lagi kita akan berangkat ke tahun baru masihi 2014. Tahun 2013 bakal menutup tirai dan tahun baru 2014 sedang melambai. Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh umat manusia terutama umat 1Malaysia.

Penting ke sambut menyambut tahun baru ini? pada saya lah apa yang lebih afdal seeloknyalah kita sebagai umat islam  lebih mengutamakan tahun hijriah berbanding yang sebaliknya. Kerana kalau nak raya sekalipun kita bukan berpandu kepada tahun masihi, lainlah kalau anda penganut kristian tiap-tiap 26/12 anda sambut raya...

Ceritanya di sini bukan kita nak sambut raya... Hakikatnya apa yang harus kita rakyat Malaysia sedar tahun 2014 bakal menjelma adalah tahun yang sangat mencabar ekonomi kita semua yang sedia maklum papa kedana maka lebih menderitalah jawabnya ditahun baru.

*Sumber gambar: AMK batu Bahat

Saya tidak menyesal apa yang bakal kerajaan Malaysia laksanakan pada tahun hadapan kerana pada tanggal 5mei yang lalu saya telah mengatakan tidak untuk menyokong kerajaan BN, kerana apa yang saya sedia maklum BN itu merujuk kepada 'Barang Naik'. Jadi sekiranya anda telah menyokong BN terimalah seadanya kerana banyak barang yang bakal naik harga menjelang 2014 nanti..

Selamat tahun baru untuk barang-barang yang bakal naik... kalau anda rasa nak bantah diatas kenaikan ini jom sama-sama malam tahun baru ini kita ke dataran merdeka. Pergi ke dataran bukan bermakna untuk menyaksikan konsert sampah dan berhibur gelak ketawa tapi ke sana bersama menyokong dan turut serta Himpunan Rakyat 31 Disember 2013. Inilah masanya kita menunjukan bantahan bukan bergelak sakan kerana kita tidak layak bersuka-suka setelah ditipu kerajan yang zalim kerajaan UMNO Barisan Nasional.

#HimpunanRakyat31Disember2013
#KamiBantahKenaikanHargaBarang
#SelamatTahunBaru2014

Sunday, March 3, 2013

DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.


Doa Buatmu Perwira Negara

Ameen Ya ALLAH....


 KEDUDUKAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DIPERKUKUH DAN BERSEDIA

Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan
laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri
ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini.- BERNAMA


 Doa Buatmu Perwira Negara

@http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia

Friday, February 22, 2013

Kuliah Jumaat Tok Guru 8 Feb 2013



Rakaman kuliah jumaat yang juga kuliah rutin mingguan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Tok Guru), Menteri Besar Kelantan pada 8 Februari 2013. Tok Guru masih gagah dan bertenaga menyampaikan dakwah di negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim, penyampain kuliah Tok Guru sangat ditunggu-tunggu dan sentiasa mendapat sambutan dari rakyat Kelantan yang dahagakan ilmu-ilmu agama.

Ketokohan Tok Guru mendapat pengiktirafan dari seluruh pemimpin negara-negara Islam di peringkat antarabangsa. Tok Guru juga merupakan tokoh Ulama' terawal yang menceburkan diri dalam politik moden, dan berjaya memimpin kerajaan walaupun hanya di peringkat negeri.

Kejayaan Tok Guru memimpin negeri dengan menerapkan sistem perundangan Islam dan dasar-dasar berkebajikan menjadi ikutan terutama dari kepimpinan kerajaan pusat.

Amat malang bagi segelintir umat Kelantan hari ini apabila mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari sekelompok umat yang tidak suka dengan kepimpinan Tok Guru mencanang Tok Guru sebagai pemimpin ajaran sesat.

Bawa mengucap dan bertaubatlah sesiapa yang membawa dakyah sekalian. Tanpa mengikut Ulama' yang ada hari ini maka sesatlah kita dikemudian hari. Pilihan di hati anda sama ada ingin mengikuti jalan ke Syurga atau Neraka.

Thursday, February 21, 2013

Sesuatu Yang Terjadi Ada Jawapannya...

Kita selalu bertanya dan mempertikaikan apa yang terjadi ke atas diri kita selama ini. Kita tidak sedar dan redha bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Ya Allah... Kenapa semua ini terjadi pada aku?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Ya Allah... Kenapa berat sangat ujian ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Ya Allah... Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah oarang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-Surah Al-Imran ayat 139

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-Surah Yusuf ayat 12

Ya Allah... Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini?
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Ya Allah... Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
-Surah At-Taubat ayat 111

Ya Allah... Kepada siapa untuk aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
-Surah At-Taubat ayat 129

Ya Allah... Berimankah aku?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Renung dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Sebaik-baik insan adalah yang memberi manfaat kepada insan yang lain.



Wednesday, February 20, 2013

Jika Ingin Pergaulan Yang baik

Sekumpulan pendita berpandangan bahawa, jika inginkan pergaulan yang baik, maka peliharalah tata tertib berikut:

PERTAMA: Berilah keredhaan yang sama kepada kawan mahupun musuh. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri tanpa menghinakannya. Bersederhanalah dalam semua perkara.

KEDUA: Duduklah dengan tetap tanpa banyak mengerak-gerakkan jari jemari,tangan, kaki, kepala, dan sebagainya.

KETIGA: Elakkan perlakuan yang menjijikkan seperti mengorek gigi atau hidung, berludah, menggeliat, menguap di hadapan orang ramai.

KEEMPAT: Duduk dengan tenang dan berbual dengan teratur.

KELIMA: Dengarlah perbualan atau percakapan orang lain dengan baik, jika ingin tertawa, janganlah sampai terbahak-bahak.

KEENAM: Elakkan dari terlalu memuji diri, anak buah atau hasil kerja sendiri.

KETUJUH: Tidak terlalu menghias diri, dan tidak pula berpakaian terlalu hodoh.

KELAPAN: Tidak terlalu menggesa orang untuk mendapatkan sesuatu keperluan, serta tidak menganiaya sesama manusia.

KESEMBILAN: Jika berselisih pendapat, bertenanglah. Fikirkan hujah dan dalil yang diterima akal. Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa badan. Apabila marah, tunggulah ia reda kemudian barulah bercakap.

KESEPULUH: Jangan sesekali menganggap harta kekayaan yang dimiliki lebih mulia daripada harga diri sendiri.

KESEBELAS: Peliharalah adab-adab majlis. Apabila memasuki sesuatu majlis Imam Ghazali berpesan, apabila mula menghadiri majlis, berilah salam dan janganlah melangkah-langkah orang lain yang sedang duduk. Pilihlah tempat yang kosong dan jangan duduk di tempat yang menghalang laluan orang ramai.

Setelah duduk, bersalamlah dengan orang di kiri dan kanan serta jagalah adab-adab berikut;
*Berpaling dari melihat perkara-perkara yang tidak senonoh.
*Menolong orang yang teraniaya.
*Membantu orang sedang dalam kesusahan.
*Menolong orang yang lemah.
*Memandu orang yang sesat.
*Membalas salam orang lain.
*Menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan kejahatan.

KEDUABELAS: Janganlah terlalu banyak senda gurau sehingga kelihatan seperti seorang yang kurang akal. @ Majalah IMAN #11.

Pesanan: Nota untuk diri sendiri...

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia




Kajian seorang ahli neurologi di Berlin, Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat dan mempengaruhi manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.




Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. 

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline

Friday, January 18, 2013

Ya Rasulullah SAW

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bulan Rabiul Awal kebiasaannya umat Islam terutamanya di negara kita Malaysia tercinta mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul disambut sebagai tanda kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW.


Firman Allah:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, dia sangat merasai penderitaan yang ditanggung oleh kamu dan sangat menginginkan kebaikan untuk kamu, dia sangat mengasihani serta menyayangi orang-orang yang beriman. (Surah at-Taubah : ayat 128)

Sebagai tanda sayang dan kasih kepada Rasulullah kita digalakkan memperbanyakkan berselawat kerana dengan berselawat Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



Saturday, January 5, 2013

Piala Pertama Kelantan The Red Warriors 2013



“TUNGGU sahaja perlawanan malam esok (malam ini).” Demikian reaksi ringkas yang cukup bermakna oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang aksi Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini.

Kuliah Jumaat Tok Guru 4 Januari 2013

YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Rakaman kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kuliah migguan ini pada 21 Safar 1434H bersamaan 4 Januari 2013, bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Kekalkan kepimpinan tuan guru dalam pilihanraya akan datang agar Medan Ilmu terus hidup dengan program keagamaan dan dakwah sepanjang zaman. Allahuakbar!!!

Bersama meramaikan himpunan rakyat 12januari ini, Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Tunjukkan tanda proses kepada kepimpinan BN- Bangkrap Negara. Pemimpin korup pemusnah minda rakyat, ayuh semua bersama kepimpinan ulamak Membangun Bersama Islam.