Pages

Monday, January 11, 2016

Sekolah Kebangsaan Meranto

Salam semua Incik Hasrul ucapkan, belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016. Semoga tahun baru memberi sinar bahagia buat kita semua.

Merujuk kepada tajuk diatas sebenarnya Incik Hasrul bekas pelajar di sekolah tersebut dan terbaca status sebuah pages FB berkenaan sekolah tersebut yang sedang membuat tinjauan. Dengan kata lain sebenarnya sedang berusaha untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SK Meranto.

Logo Sekolah Kebangsaan Meranto
Sebelum itu suka untuk Incik Hasrul terangkan sedikit info mengenai sekolah ini. SK Meranto adalah salah sebuah sekolah pedalaman di daerah Gua Musang. Jangan tak percaya pulak...hehehe

Incik Hasrul merupakan salah seorang anak sulung sekolah ini dan tergolong dalam kelompok pertama mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut.

Mungkin sukar untuk mengumpulkan maklumat ini kan? Apa pun kita boleh berusaha untuk menjayakannya. Sila berkunjung ke link ini. www.facebook.com/SKMerantoGuaMusangKelantan


No comments:

Post a Comment