Pages

Wednesday, October 17, 2012

Amalan-amalan Sunat di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum...Sedar tak sedar sebenarnya kita sekarang ini sudah berada di bulan yang ke 12 dalam takwim Islam. Sudah dipenghujung tahun rupa-rupanya. Masih belum terlambat bagi kita semua sebagai umat Islam untuk mengejar bagi melaksanakan amalan-amalan sunat ini kerana, Allah SWT sentiasa mengalakkan umatnya melakukan amal ibadat sepanjang masa..

Amalan-amalan Sunat dari awal bulan hingga ke penghujung:
1.  1 - 8 haribulan
Sunat berpuasa.

2.  8 haribulan
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.

Saturday, October 13, 2012

Pahlawan Merah Baham "King of Malaya"

 Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi akhirnya pasukan Kelantan yang bergelar The Red Warriors(TRW) berjaya menewaskan pasukan sejarah dengan jaringan agregat 3-0 seterusnya melenyapkan Misi 33 Selangor. Pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi, penyerang import dan pemain tengah Kelantan Mohamad Ghaddar dan Mohd Badri Radzi berjaya menjaringkan gol di penghujung perlawanan bagi mengesahkan pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir. Kelantan akan bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di stadium yang sama pada 20 oktober ini. 



Kegembiraan menyaksikan sendiri perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kehadiran penyokong TRW yang majoritinya tinggal di sekitar Ibunegara sudah menyesakkan stadium belum ditambah dengan kehadiran besar penyokong dari Kelantan. Sorakan daripada penonton setelah jaringan gol pertama menghangatkan lagi perlawanan sehinggalah tamat perlawanan. Penyokong pulang gembira hati riang tidak terkata.

Friday, October 12, 2012

Adakah Aku Seorang Munafik?

Menyedari hakikat bahawasanya kita ini selalu sangat mengaku islam, mengaku muslim dan mengikuti budaya, amalan dan cara hidup Melayu Islam. Adakah kita sendiri mengenali siapa Allah? Adakah kita mengetahui apa ajaran Rasulullah? Apakah kita mematuhi prinsip melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang dan mengamalkan amal makruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan.

munafik

Adakah Aku Seorang Munafik?  Kebiasaannya orang munafik ini bersifat talam dua muka dengan berpura-pura mengikut segala ajaran Islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yang suci ini.

Tuesday, October 9, 2012

Hubungan 3K Antara Kiblat, Kaabah dan Kiamat


Terdapat satu kajian mengenai hubungan di antara kiblat, kaabah dan hari kiamat yang mampu membuatkan anda tertarik untuk membacanya.. Kajian ini adalah satu bentuk analisa yang boleh dianggap tepat dan artikel asal ini diterbitkan oleh melayukini.net. 

Perhubungan antara Kiblat, Kaabah dan hari Kiamat ini adalah satu artikel yang menarik yang sesuai untuk dibuat sebagai renungan kita. Mengenai satu kajian hubungan antara kiblat kaabah dan hari kiamat.  Sungguh beruntung bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Di sana kita akan dapat bersujud betul-betul di hadapan kaabah.

kiamat

Sunday, October 7, 2012

Sebuah Warkah Buat Mu...

Assalamualaikum...Berat hati untuk berkongsi cerita, dengan teknologi yang serba canggih hari ini masih relevenkah peranan warkah ataupun surat untuk menyatakan perasaan hati terhadap seseorang yang kita sayangi.

Adakah sesuai peranan surat ini diterjemah atau dihantar ke kotak-kotak mesej seperti Facebook, blog, emel atau sebagainya. Apakah perasaan sang penerima mesej tersebut sama dengan sang penerima surat yang benar dan wujud.

Perkara lain yang berkaitan dengan warkah ini, adakah sesuai disaat seseorang yang telah menjalinkan hubungan yang agak lama tiba-tiba sampai satu masa ia mengalami titik buntu atau dengan kata lain tiba-tiba perasaannya terasa asing dengan pasangannya..dan seterusnya terlintas untuk bertindak mengutuskan surat kepada pasangannya..

Saturday, October 6, 2012

Sesi Terapi Diri...


Assalamualaikum...Alhamdulillah bersua lagi kali ini saya ingin berkongsi satu artikel yang agak menarik untuk kita renung bersama bagi muhasabah diri siapa kita sebenarnya, apakah peranan kita dan apakah kesilapan kita yang pernah kita lakukan. 

Adakah kita masih ada ruang dan peluang untuk kembali ke jalan yang benar? Masih berkesempatankah kita untuk bertaubat menginsafi kesilapan diri yang selalu kita lakukan. Jangan kita salahkan takdir siapa kita hari ini, jangan salahkan Sang Maha Pencipta siapa kita hari ini. Jom sama-sama kita muhasabah diri melalui pembacaan seterusnya. Petikan atikel dibawah ini diambil dari laman facebook Dunia macam-macam.

Thursday, October 4, 2012

Budak Malas Belajar?

Assalamualaikum...alhamdulillah sesi mencipta blog ini berada pada landasan yang bermatlamat lagi setakat ini, semoga diberi kesempatan untuk mencetuskan idea dan berpeluang meneroka dunia baru ini walaupun dunia blog bukanlah asing lagi malah sudah agak lama bertapak di alam maya ini.

Menerobos ke dunia blog ini terasa sangat asing bagi diri yang baru berjinak-jinak dengan dunia ini, terasa amat ketinggalan dan kekeringan idea. Apa yang ingin diterjemahkan? Apa yang ingin dibicarakan? dan yang amat ketara kaedah semasa sesi pendaftaran blog tidak sama dengan kaedah untuk menterjemahkan penulisan dan menguruskan blog.

Banyak blog-blog yang sedia ada menunjukkan cara-cara dan kaedah-kaedah untuk mencipta blog tetapi tidak banyak blog yang menceritakan atau memberi maklumat bagaimana menguruskan blog secara menyeluruh. Agak kabur apa yang dijelaskan dan sukar untuk diikuti.

Nampaknya banyak lagi yang perlu dipelajari ni...


Buta IT pun boleh jadi tekanan juga