Memburu impian yang musnah ibarat perbuatan yang sia-sia. Apa yang dikejar dan menjadi harapan, impian dan cita-cita sudah hancur dilanda badai tidak akan mungkin mampu didambakan lagi. Usahlah menaruh harapan pada impian yang kabur dan tidak pasti kelak ia hanyalah perbuatan yang sia-sia sahaja. Ibarat menaruh harapan pada sang kekasih yang sudah bahagia menjadi isteri orang, bukankah itu perbuatan yang bodoh dan tidak mendatangkan hasil.
Kejarlah impian mu selagi mana kamu berada dilandasan yang betul kerana sekali ia tergelincir atau musnah menjadi abu, impian mu juga sudah melayang. Melainkan kamu kuat dan bangkit kembali untuk menanam impian baru.
Kisah duka usahlah dikenangkan, benamkan dilubuk hati sebagai kekuatan dan panduan yang berguna dimasa mendatang. Insan yang tabah dan cekal punyai banyak pengalaman yang memeritkan lagi menyedihkan namun jika diperah dengan baik mampu menjadi daya tahan yang jitu dan mematangkan.
Berlapang dada dan menyerah diri pada ilahi, pasti Tuhan memberi yang lebih baik lagi. Bersyukurlah pada apa yang kau nikmati hari ini, itulah yang terbaik buat mu.