Pages

Saturday, December 20, 2014

Menjelang Aksi Final Piala AFF Suzuki 2014 : Malaysia vs Thailand

Aksi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 yang mendebarkan buat peminat dan penyokong Malaysia pada pertembungan kedua di Bukit Jalil malam ini. Mampukah Harimau Malaya mengamuk digelanggang sendiri setelah ketinggalan 2-0 kepada Thailand pada perlawanan pertama ditempat lawan.


Sokongan daripada penyokong amat ditagih untuk menyemarakkan lagi semangat wira-wira Malaysia yang akan berjuang malam ini. Begitu juga dengan penyokong harapan agar aksi yang menakjubkan semasa menewaskan Vietnam kembali menjelma dalam perlawanan timbal balik malam ini.

  

 Harapan juga diletakkan di bahu jurulatih Dollah Salleh agar dapat merencanakan strategi yang terbaik malam ini. Adakah akan ada perubahan dalam kesebelasan utama atau sebaliknya.


Imbas kembali perlawanan pertama Malaysia bertemu Thailand


No comments:

Post a Comment