Pages

Thursday, November 8, 2012

Seksa Meninggalkan Solat

Sembahyang itu tiang agama sesiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkanya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.

6 Seksa di dunia
*Allah SWT mengurangkan berkat umurnya. *Allah SWT tidak permudahkan rezekinya di dunia. *Allah SWT menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya. *Ia tidak mempunyai tempat di dalam Islam. *Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala. *Allah SWT tidak akan menerima doanya.





3 Seksaan ketika menghadapi mati
*Allah SWT akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. *Allah SWT akan menggelapkan kuburnya. *Allah SWT akan menyiksanya sehingga hari kiamat.

3 Seksaan ketika bertemu Allah SWT
*Pada hari kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat. *Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan
belas kasihan. *Allah tidak akan mengampun dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan di azab di dalam neraka dengan azab yang pedih lagi keras.

Dosa dan balasan meninggalkan sembahyang lima waktu
SUBUH   : Sekali meninggalkanya di masukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)
ZOHOR   : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam
ASAR   : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Ka'bah di Masjidil Haram Mekah)
MAGHRIB  : Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri.
I'SYAK   : Sekali meninggalkannya Allah SWT tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dari nikmatNya.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Adehh dek non.. berpinar mata baca nak habiskan membaca..

    Solat ini memang WAJIB dilaksanakan. Azabnya amat berat.. Nice sharing here

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, berpinar mata pun habis jugak baca. Sebagai umat manusia yang mengaku Islam solat tidak boleh sama sekali ditinggalkan, kerana hidup tanpa solat ibarat rumah yang tidak ada tiang. Macam mana nak jadi rumah kalau tak ada tiang.

    ReplyDelete