Pages

Wednesday, October 17, 2012

Amalan-amalan Sunat di Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum...Sedar tak sedar sebenarnya kita sekarang ini sudah berada di bulan yang ke 12 dalam takwim Islam. Sudah dipenghujung tahun rupa-rupanya. Masih belum terlambat bagi kita semua sebagai umat Islam untuk mengejar bagi melaksanakan amalan-amalan sunat ini kerana, Allah SWT sentiasa mengalakkan umatnya melakukan amal ibadat sepanjang masa..

Amalan-amalan Sunat dari awal bulan hingga ke penghujung:
1.  1 - 8 haribulan
Sunat berpuasa.

2.  8 haribulan
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.


3.  9 haribulan
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat di Arafah.
Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
Membaca surah al-ikhlas 1000 kali.

4.  10 haribulan (Hari Raya Haji)
Solat sunat Aidiladha.
Membaca takbir.
Melakukan ibadah korban atau bersedekah.

5.  11- 13 haribulan (Hari Tasyrik)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat.
Takbir selepas setiap waktu solat.

6.  30 haribulan
Membaca doa akhir tahun Hijrah.






Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Membaca doa awal tahun Hijrah.





 Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
 

No comments:

Post a Comment