Pages

Wednesday, February 20, 2013

Jika Ingin Pergaulan Yang baik

Sekumpulan pendita berpandangan bahawa, jika inginkan pergaulan yang baik, maka peliharalah tata tertib berikut:

PERTAMA: Berilah keredhaan yang sama kepada kawan mahupun musuh. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri tanpa menghinakannya. Bersederhanalah dalam semua perkara.

KEDUA: Duduklah dengan tetap tanpa banyak mengerak-gerakkan jari jemari,tangan, kaki, kepala, dan sebagainya.

KETIGA: Elakkan perlakuan yang menjijikkan seperti mengorek gigi atau hidung, berludah, menggeliat, menguap di hadapan orang ramai.

KEEMPAT: Duduk dengan tenang dan berbual dengan teratur.

KELIMA: Dengarlah perbualan atau percakapan orang lain dengan baik, jika ingin tertawa, janganlah sampai terbahak-bahak.

KEENAM: Elakkan dari terlalu memuji diri, anak buah atau hasil kerja sendiri.

KETUJUH: Tidak terlalu menghias diri, dan tidak pula berpakaian terlalu hodoh.

KELAPAN: Tidak terlalu menggesa orang untuk mendapatkan sesuatu keperluan, serta tidak menganiaya sesama manusia.

KESEMBILAN: Jika berselisih pendapat, bertenanglah. Fikirkan hujah dan dalil yang diterima akal. Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa badan. Apabila marah, tunggulah ia reda kemudian barulah bercakap.

KESEPULUH: Jangan sesekali menganggap harta kekayaan yang dimiliki lebih mulia daripada harga diri sendiri.

KESEBELAS: Peliharalah adab-adab majlis. Apabila memasuki sesuatu majlis Imam Ghazali berpesan, apabila mula menghadiri majlis, berilah salam dan janganlah melangkah-langkah orang lain yang sedang duduk. Pilihlah tempat yang kosong dan jangan duduk di tempat yang menghalang laluan orang ramai.

Setelah duduk, bersalamlah dengan orang di kiri dan kanan serta jagalah adab-adab berikut;
*Berpaling dari melihat perkara-perkara yang tidak senonoh.
*Menolong orang yang teraniaya.
*Membantu orang sedang dalam kesusahan.
*Menolong orang yang lemah.
*Memandu orang yang sesat.
*Membalas salam orang lain.
*Menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan kejahatan.

KEDUABELAS: Janganlah terlalu banyak senda gurau sehingga kelihatan seperti seorang yang kurang akal. @ Majalah IMAN #11.

Pesanan: Nota untuk diri sendiri...

No comments:

Post a Comment