Pages

Friday, December 12, 2014

Vietnam vs Malaysia : Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2014

MALAYSIA nyata menunjukkan kebangkitan yang menakjubkan dalam kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2014 (AFF Suzuki Cup 2014) pada separuh akhir kedua setelah menewaskan pasukan Vietnam di tempat lawan dengan jaringan 4-2.

Perlawanan antara Malaysia dan Vietnam yang berlangsung di Stadium My Dinh mendapat perhatian 40 000 peminat tempatan setelah berlaku sedikit kekecohan kontroversi pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam sebelum ini yang berkesudahan pelawat menang 2-1.

Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 dengan kiraan agregat 5-4. Lawan yang bakal bertemu di perlawanan akhir nanti adalah juara tiga kali Thailand yang berjaya menundukkan Filipina agregat 3-0.

Perkara yang menarik semasa perlawanan timbal balik separuh akhir ialah percaturan jurulatih Dollah Salleh meletakkan pemain yang menjadi pilihan penyokong terutama Piya yang digandingkan bersama Mat yoe dan Indra, gandingan yang dianggap trio kejayaan pasukan Kelantan sebelum ini.

Pemain Malaysia meraikan jaringan gol menunjukkan persefahaman yang
ada antara pemain.




Ayuh Malaysiaku bangkitkan semangat Harimau Malaya di pentas perlawanan akhir nanti dengan menjulang mahkota kejuaraan. Malaysia Boleh!

*gambar dan video:-
http://www.affsuzukicup.com/

No comments:

Post a Comment