Pages

Wednesday, February 20, 2013

Jika Ingin Pergaulan Yang baik

Sekumpulan pendita berpandangan bahawa, jika inginkan pergaulan yang baik, maka peliharalah tata tertib berikut:

PERTAMA: Berilah keredhaan yang sama kepada kawan mahupun musuh. Tunjukkan kepada mereka sikap yang baik tanpa menyombong diri tanpa menghinakannya. Bersederhanalah dalam semua perkara.

KEDUA: Duduklah dengan tetap tanpa banyak mengerak-gerakkan jari jemari,tangan, kaki, kepala, dan sebagainya.

KETIGA: Elakkan perlakuan yang menjijikkan seperti mengorek gigi atau hidung, berludah, menggeliat, menguap di hadapan orang ramai.

KEEMPAT: Duduk dengan tenang dan berbual dengan teratur.

KELIMA: Dengarlah perbualan atau percakapan orang lain dengan baik, jika ingin tertawa, janganlah sampai terbahak-bahak.

KEENAM: Elakkan dari terlalu memuji diri, anak buah atau hasil kerja sendiri.

KETUJUH: Tidak terlalu menghias diri, dan tidak pula berpakaian terlalu hodoh.

KELAPAN: Tidak terlalu menggesa orang untuk mendapatkan sesuatu keperluan, serta tidak menganiaya sesama manusia.

KESEMBILAN: Jika berselisih pendapat, bertenanglah. Fikirkan hujah dan dalil yang diterima akal. Jangan terlalu banyak menggunakan bahasa badan. Apabila marah, tunggulah ia reda kemudian barulah bercakap.

KESEPULUH: Jangan sesekali menganggap harta kekayaan yang dimiliki lebih mulia daripada harga diri sendiri.

KESEBELAS: Peliharalah adab-adab majlis. Apabila memasuki sesuatu majlis Imam Ghazali berpesan, apabila mula menghadiri majlis, berilah salam dan janganlah melangkah-langkah orang lain yang sedang duduk. Pilihlah tempat yang kosong dan jangan duduk di tempat yang menghalang laluan orang ramai.

Setelah duduk, bersalamlah dengan orang di kiri dan kanan serta jagalah adab-adab berikut;
*Berpaling dari melihat perkara-perkara yang tidak senonoh.
*Menolong orang yang teraniaya.
*Membantu orang sedang dalam kesusahan.
*Menolong orang yang lemah.
*Memandu orang yang sesat.
*Membalas salam orang lain.
*Menyuruh berbuat baik dan melarang melakukan kejahatan.

KEDUABELAS: Janganlah terlalu banyak senda gurau sehingga kelihatan seperti seorang yang kurang akal. @ Majalah IMAN #11.

Pesanan: Nota untuk diri sendiri...

Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia




Kajian seorang ahli neurologi di Berlin, Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat dan mempengaruhi manusia menjadi jahat.

Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.

“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya.




Individu yang mempunyai tompok hitam ini secara luar biasa boleh mengaku melakukan perbuatan jenayah tanpa rasa bersalah. Foto: MailOnline

Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. 

Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.

"Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama," jelasnya lagi. - MailOnline

Friday, January 18, 2013

Ya Rasulullah SAW

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bulan Rabiul Awal kebiasaannya umat Islam terutamanya di negara kita Malaysia tercinta mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul disambut sebagai tanda kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW.


Firman Allah:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, dia sangat merasai penderitaan yang ditanggung oleh kamu dan sangat menginginkan kebaikan untuk kamu, dia sangat mengasihani serta menyayangi orang-orang yang beriman. (Surah at-Taubah : ayat 128)

Sebagai tanda sayang dan kasih kepada Rasulullah kita digalakkan memperbanyakkan berselawat kerana dengan berselawat Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



Saturday, January 5, 2013

Piala Pertama Kelantan The Red Warriors 2013



“TUNGGU sahaja perlawanan malam esok (malam ini).” Demikian reaksi ringkas yang cukup bermakna oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang aksi Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini.

Kuliah Jumaat Tok Guru 4 Januari 2013

YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Rakaman kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kuliah migguan ini pada 21 Safar 1434H bersamaan 4 Januari 2013, bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Kekalkan kepimpinan tuan guru dalam pilihanraya akan datang agar Medan Ilmu terus hidup dengan program keagamaan dan dakwah sepanjang zaman. Allahuakbar!!!

Bersama meramaikan himpunan rakyat 12januari ini, Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Tunjukkan tanda proses kepada kepimpinan BN- Bangkrap Negara. Pemimpin korup pemusnah minda rakyat, ayuh semua bersama kepimpinan ulamak Membangun Bersama Islam.