Pages

Friday, January 18, 2013

Ya Rasulullah SAW

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Bulan Rabiul Awal kebiasaannya umat Islam terutamanya di negara kita Malaysia tercinta mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal. Maulidur Rasul disambut sebagai tanda kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW.


Firman Allah:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, dia sangat merasai penderitaan yang ditanggung oleh kamu dan sangat menginginkan kebaikan untuk kamu, dia sangat mengasihani serta menyayangi orang-orang yang beriman. (Surah at-Taubah : ayat 128)

Sebagai tanda sayang dan kasih kepada Rasulullah kita digalakkan memperbanyakkan berselawat kerana dengan berselawat Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



Saturday, January 5, 2013

Piala Pertama Kelantan The Red Warriors 2013



“TUNGGU sahaja perlawanan malam esok (malam ini).” Demikian reaksi ringkas yang cukup bermakna oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak menjelang aksi Sumbangsih menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam malam ini.

Kuliah Jumaat Tok Guru 4 Januari 2013

YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Rakaman kuliah Jumaat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kuliah migguan ini pada 21 Safar 1434H bersamaan 4 Januari 2013, bertempat di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Kekalkan kepimpinan tuan guru dalam pilihanraya akan datang agar Medan Ilmu terus hidup dengan program keagamaan dan dakwah sepanjang zaman. Allahuakbar!!!

Bersama meramaikan himpunan rakyat 12januari ini, Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112. Tunjukkan tanda proses kepada kepimpinan BN- Bangkrap Negara. Pemimpin korup pemusnah minda rakyat, ayuh semua bersama kepimpinan ulamak Membangun Bersama Islam.


Saturday, December 22, 2012

Apex Tukar Profesion Jadi Penyanyi Hisdustan

Apex atau pemilik nama Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol no.1 pasukan bola sepak negara bertindak menukar profesion setelah gagal membawa Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2012. Apek di khabarkan telah memilih untuk menjadi penyanyi hindustan pertama Malaysia.

Belum reda dengan isu perkahwinan beliau yang menyebabkan  prestasinya hambar, Apex nampaknya nekad untuk menjadi penyanyi dan mencipta populariti baru sebelum bergelar suami kepada Leuniey.

Thursday, December 20, 2012

Faktor Penyebab Perut Buncit

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan.