Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, pada masa ini, fokus utama adalah pembesaran terminal LTSIP bagi menampung sebanyak empat juta penumpang berbanding hanya sekitar 1.5 juta sebelum ini. - Utusan
Thursday, August 4, 2016
LTSIP jadi lapangan terbang antarabangsa selepas naik taraf
Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra (LTSIP) ditentukan bakal menjadi lapangan terbang antarabangsa
selepas kerja-kerja menaik taraf selesai dilaksanakan.
Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, pada masa ini, fokus utama adalah pembesaran terminal LTSIP bagi menampung sebanyak empat juta penumpang berbanding hanya sekitar 1.5 juta sebelum ini. - Utusan
Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, pada masa ini, fokus utama adalah pembesaran terminal LTSIP bagi menampung sebanyak empat juta penumpang berbanding hanya sekitar 1.5 juta sebelum ini. - Utusan
Labels:
Malaysia
Monday, January 11, 2016
Sekolah Kebangsaan Meranto
Salam semua Incik Hasrul ucapkan, belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2016. Semoga tahun baru memberi sinar bahagia buat kita semua.
Merujuk kepada tajuk diatas sebenarnya Incik Hasrul bekas pelajar di sekolah tersebut dan terbaca status sebuah pages FB berkenaan sekolah tersebut yang sedang membuat tinjauan. Dengan kata lain sebenarnya sedang berusaha untuk mengumpul bekas-bekas pelajar SK Meranto.

![]() |
| Logo Sekolah Kebangsaan Meranto |
Sebelum itu suka untuk Incik Hasrul terangkan sedikit info mengenai sekolah ini. SK Meranto adalah salah sebuah sekolah pedalaman di daerah Gua Musang. Jangan tak percaya pulak...hehehe
Incik Hasrul merupakan salah seorang anak sulung sekolah ini dan tergolong dalam kelompok pertama mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut.
Mungkin sukar untuk mengumpulkan maklumat ini kan? Apa pun kita boleh berusaha untuk menjayakannya. Sila berkunjung ke link ini. www.facebook.com/SKMerantoGuaMusangKelantan
Monday, February 9, 2015
Sekolah Demokrasi Tingkatan Satu Febuari 2015
Isu Sekolah Demokrasi tiba-tiba hangat diperkatakan oleh media dan disensasikan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah yang mempertikaikan kewujudan Sekolah Demokrasi ini. Kenyataan GPMS Kedah tersebut boleh dibaca disini. Hilangkan keraguan anda dengan menyertai dan menikmati sendiri pengalaman di Sekolah Demokrasi sesi februari 2015, daftarlah sebelum penyertaan ditutup.
Sekolah Demokrasi Tingkatan Satu Febuari 2015
Bagaimana jika kebebasan
bertembung dengan demokrasi?
Apakah keadilan dapat
ditegakkan melalui demokrasi?
Apakah kepentingan
pasaran dapat didamaikan dengan kepentingan warga?
Banyak lagi persoalan
perlu kita jelajahi, kemudian perlu diterjemahkan pula dalam kehidupan seharian
sebagai warga sebuah negara.
Berpaksikan semangat dan
rasa tanggungjawab, Roketkini menggerakkan sebuah bengkel dua hari dua malam
yang dinamakan Sekolah Demokrasi. Dengan matlamat membantu peserta:
Merungkai erti demokrasi
Memahami kuasa yang
lahir dari demokrasi
Mengenali Sosial
Demokrasi
Butiran acara Sekolah
Demokrasi yang seterusnya adalah seperti berikut:
Sekolah Demokrasi
Tingkatan Satu
Tarikh & Masa: 27
Febuari 2015 (7 malam) hingga 1 Mac (1 petang) 2015
Tempat: Quality Hotel
City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut.
Untuk pendaftaran sila
layari:
Tempat adalah terhad!
Sebarang pertanyaan sila
hubungi sekolahdemokrat@gmail.com
Labels:
Sekolah Demokrasi
Saturday, December 20, 2014
Menjelang Aksi Final Piala AFF Suzuki 2014 : Malaysia vs Thailand
Aksi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 yang mendebarkan buat peminat dan penyokong Malaysia pada pertembungan kedua di Bukit Jalil malam ini. Mampukah Harimau Malaya mengamuk digelanggang sendiri setelah ketinggalan 2-0 kepada Thailand pada perlawanan pertama ditempat lawan.
Sokongan daripada penyokong amat ditagih untuk menyemarakkan lagi semangat wira-wira Malaysia yang akan berjuang malam ini. Begitu juga dengan penyokong harapan agar aksi yang menakjubkan semasa menewaskan Vietnam kembali menjelma dalam perlawanan timbal balik malam ini.

Harapan juga diletakkan di bahu jurulatih Dollah Salleh agar dapat merencanakan strategi yang terbaik malam ini. Adakah akan ada perubahan dalam kesebelasan utama atau sebaliknya.
Imbas kembali perlawanan pertama Malaysia bertemu Thailand
Friday, December 12, 2014
Vietnam vs Malaysia : Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2014
MALAYSIA nyata menunjukkan kebangkitan yang menakjubkan dalam kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2014 (AFF Suzuki Cup 2014) pada separuh akhir kedua setelah menewaskan pasukan Vietnam di tempat lawan dengan jaringan 4-2.
Perlawanan antara Malaysia dan Vietnam yang berlangsung di Stadium My Dinh mendapat perhatian 40 000 peminat tempatan setelah berlaku sedikit kekecohan kontroversi pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam sebelum ini yang berkesudahan pelawat menang 2-1.
Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 dengan kiraan agregat 5-4. Lawan yang bakal bertemu di perlawanan akhir nanti adalah juara tiga kali Thailand yang berjaya menundukkan Filipina agregat 3-0.
Perkara yang menarik semasa perlawanan timbal balik separuh akhir ialah percaturan jurulatih Dollah Salleh meletakkan pemain yang menjadi pilihan penyokong terutama Piya yang digandingkan bersama Mat yoe dan Indra, gandingan yang dianggap trio kejayaan pasukan Kelantan sebelum ini.
Ayuh Malaysiaku bangkitkan semangat Harimau Malaya di pentas perlawanan akhir nanti dengan menjulang mahkota kejuaraan. Malaysia Boleh!
*gambar dan video:-
http://www.affsuzukicup.com/

| Pemain Malaysia meraikan jaringan gol menunjukkan persefahaman yang ada antara pemain. |
Ayuh Malaysiaku bangkitkan semangat Harimau Malaya di pentas perlawanan akhir nanti dengan menjulang mahkota kejuaraan. Malaysia Boleh!
*gambar dan video:-
http://www.affsuzukicup.com/
Labels:
Malaysia,
Sukan,
The Red Warriors
Subscribe to:
Posts (Atom)