Pages

Thursday, October 4, 2012

Budak Malas Belajar?

Assalamualaikum...alhamdulillah sesi mencipta blog ini berada pada landasan yang bermatlamat lagi setakat ini, semoga diberi kesempatan untuk mencetuskan idea dan berpeluang meneroka dunia baru ini walaupun dunia blog bukanlah asing lagi malah sudah agak lama bertapak di alam maya ini.

Menerobos ke dunia blog ini terasa sangat asing bagi diri yang baru berjinak-jinak dengan dunia ini, terasa amat ketinggalan dan kekeringan idea. Apa yang ingin diterjemahkan? Apa yang ingin dibicarakan? dan yang amat ketara kaedah semasa sesi pendaftaran blog tidak sama dengan kaedah untuk menterjemahkan penulisan dan menguruskan blog.

Banyak blog-blog yang sedia ada menunjukkan cara-cara dan kaedah-kaedah untuk mencipta blog tetapi tidak banyak blog yang menceritakan atau memberi maklumat bagaimana menguruskan blog secara menyeluruh. Agak kabur apa yang dijelaskan dan sukar untuk diikuti.

Nampaknya banyak lagi yang perlu dipelajari ni...


Buta IT pun boleh jadi tekanan juga

No comments:

Post a Comment