Pages

Saturday, October 13, 2012

Pahlawan Merah Baham "King of Malaya"

 Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi akhirnya pasukan Kelantan yang bergelar The Red Warriors(TRW) berjaya menewaskan pasukan sejarah dengan jaringan agregat 3-0 seterusnya melenyapkan Misi 33 Selangor. Pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi, penyerang import dan pemain tengah Kelantan Mohamad Ghaddar dan Mohd Badri Radzi berjaya menjaringkan gol di penghujung perlawanan bagi mengesahkan pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir. Kelantan akan bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) di stadium yang sama pada 20 oktober ini. 



Kegembiraan menyaksikan sendiri perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kehadiran penyokong TRW yang majoritinya tinggal di sekitar Ibunegara sudah menyesakkan stadium belum ditambah dengan kehadiran besar penyokong dari Kelantan. Sorakan daripada penonton setelah jaringan gol pertama menghangatkan lagi perlawanan sehinggalah tamat perlawanan. Penyokong pulang gembira hati riang tidak terkata.

Incik Hasrul

Incik Hasrul

Incik Hasrul

Incik Hasrul

Incik Hasrul
Selangor makan telur 3 biji

Jumpa lagi di perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. TRW bakal menyamakan rekod piala berganda yang dicipta pasukan Kedah sebelum ini sekiranya berjaya mengatasi ATM pada perlawanan akhir. Insya' Allah Piala Malaysia akan kembali ke Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment