Pages

Sunday, December 9, 2012

Peluang Harimau Malaya Pertahankan Piala Suzuki AFF

Harimau Malaya
Pasukan Malaysia yang dikenali dengan jolokan Harimau Malaya harus membuktikan kepada penyokong dan peminat bola sepak tanah air bahawa kita mampu untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi sebelum ini.

"Thailand secara tradisi memang pasukan yang hebat dalam kejohanan ini tapi situasi sudah berubah sedikit, saya berharap kita boleh melakukan yang terbaik hari ini."

"Wan Zack dan Shakir memang tidak akan beraksi, pemain lain tiada masalah diturunkan. Mengenai keadaan Safee ia bergantung kepada nasihat doktor, kami memerlukan pemain yang bersedia 100 peratus.

"Thailand pasukan yang kuat, mereka tidak kalah di peringkat kumpulan. Tapi kita tidak perlu takut, pemain-pemain hanya perlu fokus kepada permainan, meskipun kita kalah 0-2 sebelum ini, separuh akhir adalah perlawanan berbeza." jelas Datuk Rajagobal.

Kebangkitan Harimau Malaya pasti akan menghadirkan gerun buat pasukan Gajah Putih sekiranya kita sama-sama memeriahkan dan memenuhi setiap ruang Stadium Negara.

Ayuh tunjukan sokongan kita kepada pasukan negara. Harimau Malaya pasti menang.










Skuad bola sepak negara memerlukan sokongan anda semua

Selamanya...selamanya
selamanya Harimau Malaya

Selamanya...selamanya
selamanya sokong MALAYSIA

No comments:

Post a Comment