Pages

Friday, December 14, 2012

Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia

Assalamualaikum sahabat semua yang tekun dan berminat untuk mengetahui perkembangan di Syria. Umum kita mengetahui rakyat Syria bermati-matian memperjuangkan kebebasan dari rejim Basyar.

Perkembangan terkini menurut laman FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria, perkembangan mutakhir di Syria menampakkan bahawa Basyar bakal hilang kuasa dalam tempoh yang sangat dekat.

Timbalan Ketua Umum Ikhwan Muslimin Syria, Muhammad Faruq Berkata, "Tentera Pembebasan Syria sekarang ini berada dalam tempoh terakhir bagi menumbangkan rejim Basyar dan berada di tahap yang tersangat hampir.

Mujahidin Syria kini sudah ramai yang menuju ke arah Istana Basyar, dan Basyar bakal menamatkan kuku besinya seperti Ghadafi tidak lama lagi".

Doakan Perjuangan Mujahidin, ayuh kita sama-sama menyahut seruan Kesatuan Ulama' Sedunia agar Menjadikan hari Jumaat esok (hari ini) sebagai "Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia".

Kesatuan Ulama' Sedunia
Kesatuan Ulama' Sedunia


Kesatuan Ulama' Sedunia melalui setiausahanya, Syaikh Qurrah Daghi telah menyeru kepada seluruh umat Islam agar menjadikan hari Jumaat esok (hari ini, 14/12/2012) sebagai hari sokongan kepada rakyat Syria.

Mesej penting ini dituju khas kepada :-

1. Seluruh rakyat mahupun kerajaan agar sentiasa berdiri di belakang rakyat Syria. Merasai keperitan mereka dalam mempertahankan maruah mereka daripada dirobek rejim.

2. Pemimpin dan umat Islam serantau arab untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Syria. Menggesa untuk melipat gandakan usaha dalam menyokong saudara kita di sana semampu mungkin.

3. NGO, parti politik, ulama, pemikir, khatib, agar menjadikan Jumaat ini sebagai hari sokongan sedunia kepada rakyat Syria. melalui ucapan, khutbah, penulisan, media, perhimpunan aman, berdoa dan qunut.

Selain berdoa marilah sama-sama kita menunjukkan tanda sokongan kita terhadap pejuang-pejuang Allah yang berada di bumi Syria dengan melakukan pelbagai tindakan secara terang-terangan tanda sokongan kita terhadap mangsa kekejaman rejim Basyar.

Antara yang disyorkan agar dapat dilakukan :

1. Para Khatib hendaklah berkhutbah menceritakan berkenaan perjuangan rakyat Syria kepada sidang jumaat yang hadir. Agar sidang jumaat yang keliru dengan keadaan sebenar di Syria faham perkara sebenar yang berlaku.

2. Kepada anda yang ada mafla Save Syria ataupun yang sejenis dengannya, pakailah ke mana sahaja anda berada dan anda pergi. Agar masyarakat berminat untuk mengikuti perkembangan di Syria.

3. Sesiapa yang memiliki dan mempunyai bendera 'Revolusi Syria' pasanglah atau kibarlah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Syria.

4. Membaca qunut nazilah, doa dan solat hajat perdana di setiap masjid-masjid.

5. Sama-samalah kita meneruskan usaha-usaha untuk mengumpul sumbangan kepada rakyat Syria. Bolehlah menyalurkan kepada NGO yang bertanggungjawab dan terlibat secara langsung menyalurkan bantuan ke bumi Syria.

6. Kepada pihak NGO atau parti politik yang berkelayakan, bolehlah mengadakan atau menganjurkan perhimpunan secara aman bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Syria.

7. Sesiapa yang membaca artikel ini dan turut mengetahui keadaan semasa di Syria, teruskanlah menyebarkan maklumat berkenaan isu ummah yang berlaku di Syria.

Selain daripada syor-syor diatas ini anda digalakkan untuk mencetuskan tanda sokongan dengan cara tersendiri agar sejajar dengan matlamat seterusnya selari dengan tema "Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia".

No comments:

Post a Comment