Pages

Friday, December 7, 2012

Ada Apa Dengan BlackBerry Curve 9380

Assalamualaikum...Ada apa sebenarnya dengan BlackBerry ni tiba-tiba rasa nak selongkar satu produk dari jenama tersebut. Pilihan yang ada BlackBerry Curve 9380. Selongkar punya selongkar rupanya model  ini sudah setahun berada dalam pasaran Malaysia.

BlackBerry Curve 9380
BlackBerry Curve 9380

Kenapa BlackBerry Curve 9380 bukan model BlackBerry yang lain? Sebab ada tawaran baik punya, rugi tak rebut peluang, nak beli yang baru tak mampu la kawan. Harga pun agak berbaloi kalau dibandingkan dengan harga dalam kedai.


Apa kata orang yang guna BlackBerry model ni? berapa penilaian anda sebab saya sudah lama tak pakai telefon canggih, agak darat la kata orang kelantan.

Gambaran keseluruhan BlackBerry Curve 9380, model ini menampilkan skrin sentuh pertama dari model BlackBerry Curve, paparan skrin 3.2" dilengkapi dengan pixel yang tajam dan jelas untuk memudahkan pergerakan semasa skrin disentuh.

Model yang elegen dan ringkas, peluang untuk merasai pengalaman bersosial melalui aplikasi yang tersedia seperti BBM, Facebok, Twitter dan sebagainya.

Tersedia dengan kamera 5 MP, siap dengan flash, rakaman video VGA (640x480), ada GPS, prosesor 806 MHz, tersedia dengan pelbagai teknologi baru lagi lah.

Penerangan dari encik YouTube


Walaupun agak ketinggalan tapi boleh pakai BlackBerry skrin sesentuh kira ok la, nak tahu lebih lanjut lagi mengenai model BlackBerry Curve 9380 pandai-pandai la tanya encik Google. Kering la poket aku lepas ini hari.

No comments:

Post a Comment