Pages

Saturday, December 8, 2012

Khaled Meshaal Pemimpin Hamas Buangan Kembali Ke Palestin

Khaled Meshaal
Khaled Meshaal

Pemimpin Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal telah melintasi sempadan Mesir ke Genting Gaza semalam dalam lawatan pertamanya ke Palestin.

Khaled Meshaal terus melakukan sujud syukur dan beliau berharap suatu hari nanti dapat berjuang dan mati syahid di wilayah ini.

Kehadiran Khaled Meshaal juga menandakan berakhirnya tempoh buangan beliau selama 45 tahun.

Beliau yang ditemani timbalannya, Mussa Abu Marzuk dan beberapa pemimpin kanan pertubuhan itu menaiki sebuah kenderaan melepasi sempadan Gaza. Khaled Meshaal kemudian sujud syukur di tanah bumi Palestin lalu memeluk Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Lawatan Khaled Meshaal itu dilakukan dua minggu selepas berakhirnya konflik dengan rejim Zionis yang berlaku pada 14 bulan lalu. Ketika konflik itu, serangan udara yang dilakukan tentera Israel telah mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pergerakan Hamas, Al-Syahid Ahmed Jabari.

Setelah tiba di Palestin Khaled Meshaal telah dibawa untuk melihat bangkai kereta yang dinaiki Jabari yang masih ada. Bangkai kereta itu telah dibawa khas ke Rafah sempena kepulangan Khaled Meshaal itu. Jabari mati selepas keretanya itu diserang dengan peluru berpandu dari zionis Israel.

"Saya berharap Tuhan akan memakbulkan permintaan saya untuk mati syahid di atas tanah Palestin di Gaza," kata Khaled Meshaal kepada pihak media yang mengikuti perkembangnya setibanya di bumi bergolak Palestin.





No comments:

Post a Comment