Pages

Monday, December 10, 2012

Revolusi dan Inovasi Menentang Rejim Basyar Al-Asad

Keghairahan mujahidin dan pejuang-pejuang revolusi Syria, berjuang untuk membebaskan Syria dari pemerintahan rejim Basyar memcetuskan pelbagai kejutan kepada umat Islam  amnya.

Kejayaan pendokong dan pejuang revolusi menawan beberapa kubu kuat tentera Basyar sehingga memaksa pihak tentera yang menyokong rejim  berundur adalah satu kemenangan moral buat semua pejuang.

Berita yang mengemparkan bahawa dilaporkan dalam 2-3 hari yang lalu, sejumlah besar dalam kalangan tentera-tentera rejim termasuk pegawai-pegawai berpangkat telah menyertai mujahidin untuk sama-sama membebaskan Dimasyq dan seterusnya Syria dari terus menjadi boneka Iran dan Israel.


Sumber perisikan German dan Perancis menyatakan bahawa tempoh hayat rejim Basyar sudah semakin dekat. Hal ini berikutan kejayaan pejuang revolusi mengambil alih pos-pos tentera rejim di pinggir Dimasyq serta berjaya menghentikan operasi lapangan terbang.

Puluhan kenderaan rejim termasuk tank berjaya diambil alih di Ghutah Selatan. Pertempuran di Bait Saham menyaksikan kekalahan teruk pihak rejim.

Kesungguhan pihak mujahidin menawan Syria berjaya mencetuskan inovasi dalam ketenteraan  untuk menentang Basyar. Liwa' Al- Ansor seorang dari pejuang di pinggir wilayah Halab telah berjaya mencipta dan mereka bentuk kereta kebalnya sendiri.

Kereta kebal rekaan Al-Ansor ini dilengkapi dengan peralatan elektronik semasa yang ringkas tetapi bercirikan sebuah kereta kebal sebenar kerana material luaran dilingkupi besi dan menariknya pemanduan kereta kebal ini berpadukan skrin monitor sahaja.


revolusi

Berita terkini dari Syria, tentera rejim telah menggunakan strategi mengundurkan sebahagian besar daripada tenteranya apabila melihat kemaraan pejuang revolusi mujahidin terutamanya di Dimasyq.

Difahamkan strategi bertahan daripada pihak rejim bertujuan untuk mempertahankan kedudukan beberapa tempat penting sahaja seperti kawasan kerajaan dari dicerobohi pihak mujahidin.

Mujahidin juga dilaporkan telah berjaya menguasai keseluruhan empat wilayah iaitu Halab, Homs, Hama, dan pinggir Dimasyq.

Angkatan mujahidin telah mengumumkan penyusunan semula barisan kepimpinan pada persidangan yang dihadiri lebih 500 perwakilan mujahidin di Antalya, Turki. Seramai 30 orang anggota Majlis Tertinggi mujahidin dipilih dalam perlantikan baru. Semoga perjuangan mujahidin sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

revolusi

Rakyat Syria kini difahamkan terpaksa menjadi pelarian di sempadan Turki-Syria akibat kekejaman rejim Basyar. Negara Turki kini telah memasuki musim sejuk sebagaimana di Syria.

Lihatlah gambar diatas betapa tebal salji yang turun ditempat tinggal mereka dalam keadaan kekurangan baju sejuk dan sebagainya.

Sabarlah wahai ahli Syria yang terseksa dan ditindas, sesungguhnya kamu telah dijanjikan kemenangan. Doakan untuk rakyat Syria.

Sumber : Rakyat Malaysia Besama Revolusi Syria

SAVE SYRIA...SAVE GAZA
ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment